Jom saksikan Majlis perasmian Wacana Ilmu: Intervensi Trauma dan Gangguan Seksual Kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Serta Guru Pendidikan Khas akan diadakan pada Khamis, 25 Julai 2024 bertempat di Auditorium Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Objektif penganjuran wacana ilmu adalah untuk:
📌 Memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai salah laku gangguan seksual dan trauma.
📌 Menerangkan tatacara pengurusan kes-kes gangguan seksual di sekolah mengikut peraturan dan pekeliling yang diperuntukkan.
📌 Menyenaraikan program pencegahan yang perlu yang diamalkan oleh jabatan untuk mengelakkan kes gangguan seksual di tempat kerja.
Klik pautan Youtube EduwebTV KPM untuk tontonan:
Wacana Ilmu: Intervensi Trauma dan Gangguan Seksual
(Ceramah 1: Gangguan Seksual)
(Ceramah 2: Literasi & Advokasi Antigangguan Seksual)
(Ceramah 3: Pengurusan Trauma)
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi