PETALING JAYA – Seramai 836 mangsa banjir daripada 256 keluarga direkodkan petang ini, menunjukkan penurunan berbanding 3,594 orang pada pagi tadi.
Negeri yang terjejas adalah Kedah, Kelantan, Johor, Perak dan Melaka.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kedah mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu 352 mangsa daripada 92 keluarga.
Kelantan pula mencatatkan bilangan 111 mangsa daripada 48 keluarga diikuti Johor seramai 225 mangsa daripada 66 keluarga.
Perak pula merekodkan seramai 131 mangsa daripada 45 keluarga, diikuti Melaka 17 orang daripada lima keluarga.
“Sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di seluruh negara setakat petang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Shopee.com.my
RM187.00
Minyak Multifungsi Mangsa Kekejaman
Shopee.com.my
RM10.00
Novel MANGSA - Daisy Zahra (Seram/Thriller/Misteri)
Shopee.com.my
RM30.00
TShirt Rakyat Jaga Rakyat Mangsa Banjir