KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bertindak pantas mendepani persaingan sengit di peringkat serantau untuk mengelak negara ketinggalan dalam menarik pelaburan.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan keupayaan untuk melaksanakan dasar yang dilancarkan kerajaan dalam memacu pelaburan dan perdagangan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ini memandangkan pelabur amat menitikberatkan keupayaan negara melaksanakan dasar meliputi perindustrian dan digital serta aspek ketelusan dalam pelaksanaan dasar mesra pelabur.

“Kita tidak bergerak berasingan. Kita berdepan dengan rantau yang dinamik dan persaingan itu sangat hebat. Kalau kita lembap (dan jika) kita anggap kejayaan kecil itu cukup membanggakan, kita akan ketinggalan,” kata beliau dalam ucapan pada majlis pecah tanah Westports 2 di sini hari ini.

Anwar berkata usaha kerajaan untuk memudah cara perniagaan termasuk mempercepat kelulusan dan meningkatkan kecekapan serta menghapuskan rasuah diperakui pelabur asing yang telah memberi komitmen pelaburan di negara ini seperti Amazon Web Services, anak syarikat Amazon.com Inc.

Beliau juga mahu agensi dan syarikat korporat mengambil pendekatan sama supaya Malaysia kekal sebagai hab pilihan di rantau ini terutamanya dalam sektor seperti perindustrian dan digital.

Anwar turut memuji prestasi kukuh Westports dan mahu pelabuhan di Malaysia memperkemas infrastruktur dan ekosistem bagi menyokong aspirasi negara dalam menarik pelaburan dan perdagangan yang lebih tinggi.

Beliau berkata keupayaan Westport sebagai hab maritim dan logistik global diperakui dunia dan kedudukannya akan terus mengukuh melalui pembukaan terminal kontena baharu di Westports 2 kelak.

Pembangunan fasa dua projek pembesaran di terminal kontena oleh Westports Holdings Bhd yang bermula dari CT10 hingga CT17 akan diterjemahkan kepada penggandaan kapasiti pengendalian kontena Westports kepada 28 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) daripada 14 juta TEU dicatatkan pada masa ini.



Source link

-46%
EPANDA Hanger Baju Hanger Tudung Clothes Hanger Hanger Baju Baby Cloth Hanger Penyangkut Baju
Shopee.com.my
4.9
RM0.49 RM0.91
EPANDA Hanger Baju Hanger Tudung Clothes Hanger Hanger Baju Baby Cloth Hanger Penyangkut Baju
-34%
Upgraded Large Size 70x140cm Disposable Bath Towel Thickened Portable One Time Used Towel 压缩浴巾一次性毛巾
Shopee.com.my
4.9
RM0.48 RM0.73
Upgraded Large Size 70x140cm Disposable Bath Towel Thickened Portable One Time Used Towel 压缩浴巾一次性毛巾
-30%
Electrostatic Flat Mop Tisu Pengelap Lantai Mop Tisu Dust Removal Paper Disposable Wet Tissue 静电拖把
Shopee.com.my
4.9
RM2.45 RM3.55
Electrostatic Flat Mop Tisu Pengelap Lantai Mop Tisu Dust Removal Paper Disposable Wet Tissue 静电拖把
-51%
Non Slip Wallpaper Flooring reform Kitchen Sticker Self Adhesive Waterproof Wallpaper Lantai Dapur
Shopee.com.my
4.9
RM5.67 RM11.81
Non Slip Wallpaper Flooring reform Kitchen Sticker Self Adhesive Waterproof Wallpaper Lantai Dapur

Leave a Reply