KUALA LUMPUR: Malaysia mampu memimpin dan melonjakkan ASEAN untuk muncul sebagai blok ekonomi keempat terbesar dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN mempunyai populasi sekitar 680 juta orang dan ia menjadikannya sebagai rantau ketiga paling ramai penduduk di dunia selepas China dan India.

Kata beliau, Keluaran Da­lam Negara Kasar (KDNK) ga­bungan ASEAN mencapai kira-kira AS$3.8 trilion pada 2023 dan menjadikan rantau tersebut sebagai blok ekonomi kelima terbesar di dunia.

“Nilai perdagangan serantau ASEAN pula mencecah AS$3.5 trilion pada 2023. Berdasarkan prestasi semasa, se­bagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia diyakini berupaya memimpin ASEAN untuk muncul sebagai rantau ekonomi terbuka bagi perdagangan dan pelaburan global,

“Seterusnya melonjakkan ASEAN sebagai ekonomi keempat terbesar dunia,” katanya dalam jawapan bertulis bagi sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang meminta beliau menyatakan persiapan Malaysia dan hala tuju sebagai Pengerusi ASEAN 2025 terutamanya dalam konteks ekonomi serta cabaran geopolitik semasa.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia akan meneruskan usaha-usaha se­perti dialog dan diplomasi bagi menangani cabaran geopolitik semasa berlandaskan prinsip kepusatan ASEAN dan ke arah memelihara rantau yang aman, stabil serta makmur.

“Malaysia (juga) akan meng­gembleng sumber ASEAN ke arah membina masa depan ASEAN yang lebih terangkum dan mampan, merentasi pelbagai aspek kehidupan demi kesejahteraan berkekalan rantau ini dan rakyat.

“Selain itu, Malaysia akan terus memupuk dan me­ngukuhkan hubungan ASEAN dengan rakan dialog dan lain-lain rakan luar,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia sedang memuktamadkan senarai Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED), yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Pemukiman Pegawai Kanan Ekonomi dijadualkan pada 4 hingga 5 Disember 2024 di Kota Kinabalu, Sabah.

“Seterusnya, cadangan PED ini akan disahkan semasa Mesyuarat Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN dijadual­kan pada 27 dan 28 Februari 2025 di Desaru, Johor,” kata­nya.

Tambahnya, terdapat beberapa PED berpotensi untuk dilaksanakan pada 2025 yang mampu mempasakan ekonomi ASEAN melalui peningkatan perdagangan dan pelaburan.

“(Antaranya) ­Perjanjian Perdagangan Barangan ­ASEAN (ATIGA), Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA), Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA),” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan sedang meneliti peruntukan perundangan yang ada sebelum mengambil tin­dakan terhadap agensi be­rita antarabangsa, Bloomberg berhubung dakwaan wujud campur tangan Perdana Menteri dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan juga menyerahkan soal tersebut kepada Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh bagi mengambil tindakan yang bersesuaian.

“Apa yang berlaku hanya arahan umum yang saya lakukan termasuk di Parlimen, bahawa saya mahu SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), PDRM (dan) badan-badan penguat kuasa bertindak tegas memerangi rasuah secara tegas tanpa tolak ansur.

“Ini arahan yang diberikan tetapi tidak melibatkan kes-kes khusus kerana SPRM se­perti Jabatan Peguam Negara perlu bertindak (secara) bebas dan telus tanpa rasa takut. Apakah akan ada tindakan? Tindakan itu tunggu laporan PDRM dan sekiranya didapati terdapat kesalahan yang nyata, itu keputusan Peguam Negara untuk mendakwa,” katanya.

Pada 26 September, sebuah portal tempatan memetik Bloomberg melaporkan dakwaan Anwar arahkan SPRM untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Datuk Farhash Wafa Salvador. – UTUSAN





Source link

-53%
EPANDA Hanger Baju Hanger Tudung Clothes Hanger Hanger Baju Baby Cloth Hanger Penyangkut Baju
Shopee.com.my
4.9
RM0.41 RM0.89
EPANDA Hanger Baju Hanger Tudung Clothes Hanger Hanger Baju Baby Cloth Hanger Penyangkut Baju
-20%
Upgraded Large Size 70x140cm Disposable Bath Towel Thickened Portable One Time Used Towel 压缩浴巾一次性毛巾
Shopee.com.my
4.9
RM0.58 RM0.73
Upgraded Large Size 70x140cm Disposable Bath Towel Thickened Portable One Time Used Towel 压缩浴巾一次性毛巾
-51%
Non Slip Wallpaper Flooring reform Kitchen Sticker Self Adhesive Waterproof Wallpaper Lantai Dapur
Shopee.com.my
4.9
RM5.85 RM11.94
Non Slip Wallpaper Flooring reform Kitchen Sticker Self Adhesive Waterproof Wallpaper Lantai Dapur

Leave a Reply