Malam2 jer terdengar suara perempuan menangis, kadang kadang dia menangis minta tolong, minta diselamatkan. Korang tolong tak?
Ghost Diary (2016)
Marsha tinggal di asrama sekolahnya dan sering dibuli oleh rakannya, Puput, Stefani dan Nina.
Ketika cuti sekolah, rakan2nya yang lain semuanya pulang ke pangkuan keluarga masing2, tetapi tidak bagi Marsha, kerana sejak ibunya meninggal dunia dan ayahnya berkahwin lagi, ibu tirinya tidak menyukai Marsha.
Marsha sepatutnya mengikut rakannya pulang bersama keluarganya, tetapi tidak jadi kerana tiba2 beg bagasi bajunya hilang dan dia “dikurung” di sebuah dorm yang ditinggalkan. Marsha fikir Puput dan rakannya yang mengurungnya di situ, sedangkan bukan mereka yang melakukannya.
Manakala Puput, Stefani, dan Nina tidak dibenarkan pulang, kerana menerima hukuman akibat membuli Marsha.
Bayangkanla, tiada sesiapa di asrama itu, sunyi sepi, hanya tinggal mereka berempat. Serammm!! Marsha pula kerap kali mendengar tangisan dari bilik yang terletak di tingkat atas bangunan asrama.
Pentadbir asrama, Rossa tidak percaya pada cerita Marsha dan mengatakan bahawa Marsha hanya berhalusinasi. Kerana kerap mendengar bunyi tangisan misteri itu, Marsha akhirnya memberanikan diri untuk membuka pintu bilik yang kelihatan seolah2 dirahsiakan. Di dalam bilik itu dia menjumpai sesuatu.
Apakah yang dijumpai Marsha dan siapakah yang menangis di bilik rahsia itu.
Ghost Diary boleh ditonton di Astro GO.
#AstroGo
#StreamOnAstro