Majlis Silaturahim Aidilfitri Bersama-sama Staf Kementerian Pendidikan Malaysia


Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Bersama-sama Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dilangsungkan di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya pada Khamis.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh dan Pengurusan Tertinggi KPM telah meluangkan masa beramah mesra bersama-sama warga KPM dalam suasana muhibah Aidilfitri.

Turut diadakan dalam majlis ini adalah penyerahan projek padang sintetik, trek dan astaka SAS oleh Jabatan Kerja Raya kepada KPM yang diwakili oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs Tuan Haji Azman Adnan.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi






Source

2 COMMENTS

  1. pasal idme sistem down. ada masa tertentu ke nak login? atau dia tikam2 siapa bertuah baru dapat login? ke kena mandi bunga dulu? husnuzon sudah. bersangka baik2 je ni. ramai tengah log in kot. dari tadi ngadap pc sambil masak. masak dah siap. sekarang ni tengok tangan dah mula tukar warna hijau.

Leave a Reply