Hannah (dua kanan) bersama Dr Nagulendran (kiri) dan Abdul Rashid (kanan) bercakap dalam sidang media semalam.
Hannah (dua kanan) bersama Dr Nagulendran (kiri) dan Abdul Rashid (kanan) bercakap dalam sidang media semalam.

BINTULU: Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) perlu banyak sokongan kerajaan negeri memandangkan kekangan dana dan pembiayaan kos tinggi antara cabaran utama penganjurannya, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Katanya, banyak negeri berminat untuk bekerjasama dalam acara seperti LTdL tetapi tidak bersedia menyumbang dari segi kewangan dengan kebanyakannya hanya mampu menawarkan tempat dan ruang perlumbaan.

Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) membelanjakan RM12 juta untuk menampung kos LTdL ini, sementara jumlah sumbangan daripada penaja berbentuk wang tunai dan lain-lainnya hanya RM8.1 juta.

“Kita hanya boleh menyokong (atlet) podium dan beberapa penyertaan luar negara tetapi memerlukan persatuan sendiri mencari dana untuk acara ini,” katanya dalam sidang media selepas berakhir perlumbaan PETRONAS LTdL 2024 Malaysia edisi ke-28 di Lasar Kenyalang di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KBS Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dan Residen Bintulu Nyurak Keti.

Hannah berkata, meski acara LTdL tahun ini berjaya dan berjalan lancar, namun pihaknya sedang menambah baik kerja-kerja di peringkat persatuan untuk membantu mereka mendapatkan dana daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC),

Ujarnya, pihaknya mulakan dengan GLC seterusnya mencadangkan kepada Kementerian Kewangan mengenai bajet tahun depan melalui insentif cukai umpamanya untuk penganjuran Sukan SEA dimana ramai penaja mahukan insentif cukai lebih menarik dengan peratusan tinggi berbanding 10 peratus.

Justeru katanya, itu sebab pihaknya tidak membawa LTdL ke Langkawi berikutan cabaran mendapatkan dana dan kos tinggi tetapi akan cuba yang terbaik di kebanyakan tempat untuk pelancongan dan pelumbaan basikal. 

Katanya, semua negeri perlu mengambil perhatian berkenaan pembangunan sukan serta kesediaan menyumbang dana bukan sahaja semasa SUKMA (Sukan Malaysia) kerana pelaburan itu juga akan dapat membawa pelancong ke negeri mereka.

“Banyak platform untuk mempromosikan sesebuah negeri tetapi negeri perlu menyediakan dana membantu acara ini,” katanya

Beliau berkata, untuk pergi ke sesuatu tempat sememangnya memakan kos besar bahkan untuk ke Sarawak tetapi ia bukan halangan supaya para pelumba merasai pengalaman berlumba di Semenanjung dan Malaysia Timur.

Begitupun katanya, pintu pihaknya terbuka untuk kerjasama dengan kerajaan negeri namun peruntukannya perlu dirancang bagi menampung perjalanan laluan pelumba basikal dan kelab-kelab yang menyertai antaranya di kawasan luar bandar.

“Untuk acara lebuh raya membabitkan penyertaan kelab memerlukan dana besar dengan kita sendiri cuba mendapatkan penaja tetapi tidak mudah namun gembira PETRONAS dapat membantu.

“Semua sukan di bawah KBS memerlukan dana untuk pembangunan dan latihan yang lebih menyeluruh,” katanya sambil menambah akan membuat menambahbaikan setiap tahun untuk LTdL.

Pada masa sama katanya, pihaknya turut gembira dengan kerjasama kerajaan Sarawak untuk acara sukan ini termasuk SUKMA dan Sukan SEA yang ada tempat menarik dan infrastrukturnya sekali gus mengharap negeri lain dapat melakukan usaha yang sama.

Katanya, LTdL ini membabitkan 132 pelumba dari 22 pasukan dan tiga daripadanya pasukan peringkat dunia melalui jarak perjalanan di Semenanjung dan Sarawak dengan paling sukar ialah laluan Taiping ke Cameron Highland 170.3 kilometer (km) dan paling jauh Miri ke Bintulu (199.3km).

Beliau berterima kasih kepada penaja, agensi kerajaan, kerajaan Sarawak dan negeri lain khasnya pasukan keselamatan, kesihatan dan agensi pelancongan yang membantu MSN menjayakan acara ini.



Source link

LTDL`23 CYCLING CAP BLACK COLLECTION BLACK
Shopee.com.my
4.8
RM39.00
LTDL`23 CYCLING CAP BLACK COLLECTION BLACK
-20%
LE TOUR DE LANGKAWI 2024 LTDL 2024 DESIGN 1 TSHIRT ROUND NECK FOR ALL
Shopee.com.my
5.0
RM19.20 RM24.00
LE TOUR DE LANGKAWI 2024 LTDL 2024 DESIGN 1 TSHIRT ROUND NECK FOR ALL
-50%
LTDL`23 UCI TONE TEE BLACK
Shopee.com.my
5.0
RM39.00 RM79.59
LTDL`23 UCI TONE TEE BLACK
-56%
LTDL`23 GOODIES BAG BLACK, BLUE & RED
Shopee.com.my
4.9
RM15.00 RM34.88
LTDL`23 GOODIES BAG BLACK, BLUE & RED
LTDL`23 CYCLING CAP BLACK COLLECTION BLACK
Shopee.com.my
4.8
LTDL`23 CYCLING CAP BLACK COLLECTION BLACK
LE TOUR DE LANGKAWI 2024 LTDL 2024 DESIGN 1 TSHIRT ROUND NECK FOR ALL
Shopee.com.my
5.0
LE TOUR DE LANGKAWI 2024 LTDL 2024 DESIGN 1 TSHIRT ROUND NECK FOR ALL
LTDL`23 UCI TONE TEE BLACK
Shopee.com.my
5.0
LTDL`23 UCI TONE TEE BLACK
LTDL`23 GOODIES BAG BLACK, BLUE & RED
Shopee.com.my
4.9
LTDL`23 GOODIES BAG BLACK, BLUE & RED

Leave a Reply