JPJ Umum MyDigital ID untuk Akses MyJPJ App Mulai 10 Oktober 2024!
Dengar sini, guys! Mulai 10 Oktober 2024, semua pengguna MyJPJ app wajib mendaftar untuk MyDigital ID. Jadi, buat yang belum tahu, MyDigital ID ni adalah identiti digital yang memudahkan kita untuk urus transaksi dalam talian. Dengan sistem ni, kita dapat elak daripada penipuan dalam talian dan penyamaran identity.
"Eh, selamat ke nak daftar?" Jangan risau, pendaftaran memang selamat, laju, dan mudah untuk urus semua transaksi online anda!
Mungkin anda rasa leceh, tapi hakikatnya, anda cuma perlu daftar sekali je, dan semuanya akan jadi lebih mudah lepas tu. Lagi best, pendaftaran ni percuma!
2 Cara Daftar MyDigital ID
1. Melalui App
Kalau nak daftar guna app, pastikan anda download MyDigital ID dari App Store atau Google Play. Lepas tu follow langkah-langkah berikut:
- Buka app dan masukkan emel anda di halaman utama.
- Anda akan terima OTP melalui emel, masukkan OTP tu dalam app.
- Isikan nama dan nombor IC (anda akan diminta untuk ambil gambar IC dan selfie untuk pengesahan).
- Selepas itu, cipta kata laluan dan siap!
Anda boleh tengok video tutorial kat sini.
2. Melalui Kiosk
Kalau lebih selesa berdaftar di kiosk, pastikan bawa IC anda. Ikuti langkah ini:
- Di kiosk, masukkan IC anda dan letakkan ibu jari pada pengimbas sehingga selesai.
- Semak semua maklumat sebelum mengesahkannya dan keluarkan IC anda.
- Buka app MyDigital ID dan imbas QR code yang dipaparkan di kiosk.
- Cipta kata laluan dan tekan “Yes” untuk simpan ID anda.
Dan, voila! Anda dah berdaftar! Klik sini untuk cari kiosk terdekat.
Kata sumber rasmi, setiap pengguna hanya boleh mempunyai satu ID sahaja.
Walaupun pendaftaran ni tidak wajib, kerajaan sangat galakkan rakyat Malaysia untuk daftar MyDigital ID bagi melindungi diri dari ancaman siber.
Jadi, nak tunggu apa lagi? Daftar sekarang juga!
P.S.: Jangan lupa, lepas 10 Oktober, anda tak dapat log masuk ke MyJPJ app kalau tak ada MyDigital ID!