ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Oleh: Izzatie Rizan

JENJAROM: Batik warisan negara kini diangkat dunia, apabila karya anak tempatan Arif Rafhan Othman mendapat perhatian penerbit filem gergasi antarabangsa menerusi batik diinspirasikan daripada filem adiwira antarabangsa.

Ramai yang tidak tahu Arif, 47, sebenarnya merupakan perintis dalam karya seni pop berasaskan batik yang sehingga kini lebih 100 karyanya diangkat dalam pelbagai versi.

Lari daripada kebiasaan seni batik sedia ada, begitulah digambarkan apabila menjengah ke kediaman beliau yang merupakan studionya di sini.

Berkongsi kepada Buletin TV3, anak kelahiran Ipoh, ini berkata beliau mula membawa elemen seni pop dan fusion batik di dalam karyanya sejak setahun lalu.

Dia yang juga pelukis komik berkata, ingin tampil kelainan membuatkan beliau mencabar diri mengetengahkan produk baharu berasaskan batik.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

“Memang ramai cakap karya yang menampilkan watak filem fiksyen itu lain daripada lain, sejak itu saya terus hasilkan karya menerusi watak-watak filem yang berbeza.

“Saya amat mencintai batik Malaysia dan objektif saya jika batik seni pop ini bolehmembuat orang luar tertarik dengan batik kita, cukup buat saya puas,” katanya.

Arif Rafhan berkata motif batik daripada pelbagai budaya di Malaysia diangkat beliau dalam setiap hasil seninya terutamanya batik dari Kelantan dan Terengganu.

Antara karya seni pop batiknya yang tular termasuk bertemakan Palestin.

Mengulas mengenai karyanya yang ‘viral’ di media sosial ini, jelas Arif ia disiapkan dalam tempoh dua minggu, mengabungkan keanggunan batik Malaysia dengan watak dalam filem terkenal itu.

“Kolaborasi ini saya tak sangka dapat sambutan. Bila dapat tawaran saya fikir bagus juga sebab saya memang peminat komik,” katanya.

Arif mendedahkan karyanya turut dirisik beberapa syarikat tempatan termasuk luar negara.

Tidak terhenti di situ, Arif Rafhan berkata di masa akan datang beliau ingin mengetengahkan karya berasaskan songket pula, sekali gus memberikan kelainan kepada fabrik warisan Malaysia itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.





Source link

Leave a Reply