JEDDAH, Arab Saudi: Liverpool dan Manchester United terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia Kelab 2025 yang diadakan di Amerika Syarikat (AS).
Perkara itu diputuskan oleh Majls Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang bersidang di Jeddah, arab Saudi semalam bahawa satu negara yang boleh menghantar dua pasukan sahaja untuk mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
Justeru kejohanan yang dirombak formatnya itu bagi edisi 2025 menyaksikan kuota pasukan England akan diisi oleh Manchester City dan Chelsea berdasarkan kejayaan mereka menjulang Liga Juara-Juara Eropah pada edisi 2023 dan 2021.
Hanya 12 kelab Eropah sahaja layak untuk beraksi di kejohanan itu, termasuk pasukan yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah dari musim 2021 hingga 2024.
Arsenal berpotensi untuk menyertai saingan tersebut jika mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2024, justeru tidak ruang buat Liverpool dan Manchester United untuk membuat penampilan di Amerika Syarikat pada 2025.
Terdahulu, sebanyak 32 pasukan bola sepak bakal menyahut cabaran dalam kejohanan Piala Dunia Kelab yang diadakan pada 15 Jun hingga 13 Julai 2025 di Amerika Syarikat.
Antara kelab yang turut berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Kelab FIFA adalah Porto FC, Bayern Munich, Benfica, Paris Saint-Germain, Inter Milan; Barcelona, Atletico Madrid, Borussia Dortmund dan RB Leipzig.