Tangkap layar video yang tular mangsa diselamatkan menggunakan kren

NILAI – Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak 11 tahun berdepan detik cemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dihanyutkan arus deras banjir kilat di Jalan Taman Semarak 2 di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kesemua mangsa berjaya diselamatkan orang awam dengan menggunakan kren.

Tangkap layar video yang tular mangsa diselamatkan menggunakan kren

Tangkap layar video yang tular mangsa diselamatkan menggunakan kren

Penolong Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB), Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 5.19 petang dan sebaik sampai di lokasi, didapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga terperangkap di dalam banjir.

“Terdapat lima mangsa iaitu dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun telah berjaya diselamatkan orang awam dengan menggunakan kren.

“Mereka dikatakan dari Pahang dan datang ke Nilai untuk melawat keluarga, namun tidak dapat dipastikan ketika kejadian itu mahu ke mana,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tangkap layar video yang tular mangsa diselamatkan menggunakan kren

Tangkap layar video yang tular mangsa diselamatkan menggunakan kren

Menurutnya, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal namun sedikit trauma dengan kejadian berlaku.

Jelas beliau, terdapat beberapa lagi lokasi lain dinaiki banjir kilat berikutan hujan lebat sejak jam 4 petang.

“Namun hujan sudah berhenti dan keadaan air semakin surut. Kita akan terus berada di lokasi untuk melakukan pemantauan,” katanya.

Source link

yifuOS Baju Flanker T shirt Sokhoi Tshirt SU-30mkm Air Force Malaysia Special Force Hornet lima langkawi shirt 2023
Shopee.com.my
5.0
RM34.90

-50%
(READY STOCK ) 2024 New !Jersey Design baju lelaki Lekiu x Sukhoi LIMA'24 Graphic Tee Lima`24
Shopee.com.my
4.5
RM7.33 RM14.66
(READY STOCK ) 2024 New !Jersey Design baju lelaki Lekiu x Sukhoi LIMA'24 Graphic Tee Lima`24
-30%
LIMA'23 Premium Long Sleeve - Reflector
Shopee.com.my
5.0
RM48.30 RM69.00

Leave a Reply