PETALING JAYA – Lilin yang dihidupkan oleh jejawat (petugas khas) pada Istiadat Berinai malam ini, selari dengan hasrat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi mengembalikan dan mengekalkan perkahwinan diraja.

Menerusi tayangan langsung istiadat tersebut, lilin tersebut dihidupkan oleh jejawat sebaik sahaja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjalan ke Balai Temenggong.

Malah, pengacara bagi istiadat yang ditayangkan di media sosial Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menjelaskan serba sedikit mengenai lilin tersebut.

“Di kiri dan kanan Tengku Puteri, jejawat lilin di mana mengikut titah penceritaan Tengku Ampuan Pahang yang dapat saya rangkup… lilin adalah sumber pencahayaan kerana tiada bekalan elektrik, maka simbolik lilin atau dian ketika itu.

“Maka dihidupkan kembali pada istiadat kali ini kerana seperti mana dimaklumkan, menjadi hasrat Tengku Ampuan Pahang untuk kembalikan dan mengekalkan perkahwinan diraja bagi meraikan perkahwinan puteri,” katanya.

Terdahulu, Istiadat Berinai dimulakan dengan pengantin lelaki, FD Idzham FD Iskandar ke Balai Temenggong terlebih dahulu, seterusnya pengantin perempuan, Tengku Puteri Afzan.

Semalam Kosmo! melaporkan, Tengku Puteri Afzan dan pasangannya FD Idzham bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi wakil rasmi baginda di majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Source link

Lilin+Co Reed Diffuser 200ml | Home Fragrance
Shopee.com.my
4.9
RM119.00
Lilin+Co Reed Diffuser 200ml | Home Fragrance
Lilin+Co Gift Box Candle Set (3 Pcs) | Premium Soy Wax
Shopee.com.my
4.9
RM90.00
Lilin+Co Gift Box Candle Set (3 Pcs) | Premium Soy Wax
Let There Be Lilin 200g Handcrafted Soy Wax Scented Candle
Shopee.com.my
4.9
RM25.00
Let There Be Lilin 200g Handcrafted Soy Wax Scented Candle
Lilin+Co Rechargeable Electric Igniter| Candle Accessory
Shopee.com.my
5.0
RM40.00

Leave a Reply