ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
Antara aksi Negeri Sembilan FC (NSFC) menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam ini. FOTO: MFL

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) terus berputih mata apabila tewas kepada Kelantan Darul Naim (KDN) FC, 2-3, dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Ini adalah kekalahan keempat dialami skuad Hobin Jang Hobin di tempat sendiri.

Ketika usaha mendapatkan gol dilakukan dengan agresif, KDN FC sebaliknya menjaringkan gol pertama perlawanan yang dijaringkan Mohamad Hakimi Abdullah pada minit ke-14 melalui tendangan deras dari jarak kira-kira 25 meter sekali gus menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Aqil Razak.

Ketika tuan rumah meningkatkan intensiti mereka dalam usaha memburu gol, KDN FC berjaya melebarkan penguasaan menerusi gol kedua dijaringkan Kim Likwan pada minit ke-36.

Gol berkenaan terhasil daripada situasi kelam kabut dalam kawasan penalti Negeri Sembilan susulan tendangan sudut diambil Mohd Irwan Syazmin Wahab.

Peluang tuan rumah merapatkan jurang gol melalui sepakan penalti yang diperolehi pada minit ke-60, disia-siakan oleh Pires yang menyepak tinggi melepasi palang.

Negeri Sembilan yang mendapat sepakan penalti kedua pada minit ke-83, yang turut disahkan melalui video bantuan pengadil (VAR) berjaya menjaringkan gol pertama menerusi sepakan yang diambil Jacque Faye.

Avanzini kemudian meledak gol penyamaan pada minit ke-88 menerusi tandukan selepas menerima bola hasil sepakan sudut.

Keceriaan jaringan penyamaan itu bagaimanapun hanya seketika apabila KDN FC meraih gol kemenangan menerusi jaringan Oday Ali Abdal Rahim pada minit ke-89.

KDN FC jelas ceria apabila mereka meraih tiga mata berharga walaupun beraksi di tempat lawan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.





Source link

-78%
(HARGA BORONG) KIDS BOY LIGA SUPER SOCCER / FOOTBALL JERSEY SET 2 IN 1 SHIRT+PANTS (JERSEY BOLA SEPAK BUDAK PASANG) BMK
Shopee.com.my
4.9
RM12.90 RM58.64
(HARGA BORONG) KIDS BOY LIGA SUPER SOCCER / FOOTBALL JERSEY SET 2 IN 1 SHIRT+PANTS (JERSEY BOLA SEPAK BUDAK PASANG) BMK
(HARGA BORONG) MEN JERSEY T-SHIRT LIGA SUPER MALAYSIA DESIGN NEGERI HOME AWAY BARU FOOTBALL CLUB SOCCER
Shopee.com.my
4.8
RM35.90
(HARGA BORONG) MEN JERSEY T-SHIRT LIGA SUPER MALAYSIA DESIGN NEGERI HOME AWAY BARU FOOTBALL CLUB SOCCER
-46%
CY 0526 New jerseys / Jersey Shirt /Baju Bola Mlaysia / Liga Malaysia / Baju Jersi /Johor / Terengganu / Melaka / Perak
Shopee.com.my
4.9
RM5.90 RM10.93
CY 0526 New jerseys / Jersey Shirt /Baju Bola Mlaysia / Liga Malaysia / Baju Jersi /Johor / Terengganu / Melaka / Perak
Jersi Sabah FC Jersey Liga Super Away Third Special Kit All Black 2024 2023 2022 - High Quality
Shopee.com.my
4.9
RM28.00
Jersi Sabah FC Jersey Liga Super Away Third Special Kit All Black 2024 2023 2022 - High Quality

Leave a Reply