Lelaki menyamar polis ditahan


PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki menyamar pihak berkuasa dalam Op Khas Cegah Jenayah Ambang Tahun Baharu di Jalan Pandan Cahaya, di sini kelmarin.

Penahanan suspek berusia 27 tahun itu dilakukan pada pukul 1.45 pagi selepas dilihat menunggang motosikal dengan memakai vest tertera tulisan ‘Polis’.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, suspek gagal tunjukkan kad kuasa polis dan gagal berikan alasan yang munasabah memakai vest terbabit.

“Sehubungan itu, polis membuat rampasan motosikal, satu anak kunci, satu vest dan satu keping kad pengenalan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek dapati negatif dadah dan semakan dapati tiada rekod lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Azam, suspek kemudiannya direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967. – UTUSAN





Source link

Leave a Reply