PETALING JAYA – Terkesan melihat pelajar universiti bergelut dengan masalah kewangan, pelakon popular Mierul Aiman, 26, tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi hantaran pelakon drama Project : High Council itu dalam aplikasi X, dia membuka ruang kepada lima pelajar untuk menghubunginya bagi mendapatkan bantuan kewangan.

“Lima pelajar yang perlukan duit belanja hujung minggu ini atas sebab kesulitan tertentu boleh mesej saya. Tak perlu segan. Kalian lebih memerlukan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Usaha pemenang Hero Remaja 2021 itu mendapat pujian ramai netizen. Malah ada yang menggelar Mierul sebagai lelaki berhati emas.

“Sayang kamu Mierul. Terima kasih kerana membantu mereka yang memerlukan,”

“Terima kasih anak muda. Moga berjaya dunia dan akhirat hendaknya,”

“Lelaki yang memiliki hati emas. Tahniah Mierul,” demikian antara komen netizen.

Selepas berjaya mendapat lima pelajar yang memerlukan bantuan, Mierul memaklumkan dia akan membuka peluang lagi selepas ini untuk berkongsi rezeki.

“Insya-Allah ada ruang lagi untuk rezeki kita, rezeki kalian,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE





Source link

-71%
《Mega Deal》M-5XL Men Short Pants Sport Shorts Beach Shorts Casual Fashion Men Pants Seluar Pendek Lelaki Men's Pant
Shopee.com.my
4.8
RM5.55 RM19.82
《Mega Deal》M-5XL Men Short Pants Sport Shorts Beach Shorts Casual Fashion Men Pants Seluar Pendek Lelaki Men's Pant
-51%
(HARGA BORONG) T90 ADULT MEN JERSEY SHORT PANTS (SELUAR PENDEK JERSEY LELAKI DEWASA) CH6848
Shopee.com.my
4.9
RM2.90 RM5.92
(HARGA BORONG) T90 ADULT MEN JERSEY SHORT PANTS (SELUAR PENDEK JERSEY LELAKI DEWASA) CH6848
-56%
ADVO Microfiber T-Shirt Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan
Shopee.com.my
4.9
RM5.50 RM12.50
ADVO Microfiber T-Shirt Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Leave a Reply