Antara barisan artis yang membuat persembahan di pentas RiTJ di Kampung Budaya, malam semalam. - Gambar UKAS
Antara barisan artis yang membuat persembahan di pentas RiTJ di Kampung Budaya, malam semalam. – Gambar UKAS

KUCHING: Lebih 4,000 penonton membanjiri Kampung Budaya Sarawak pada malam pertama konsert Rock In The Jungle (RiTJ) 2024 yang berlangsung pada 28 Disember 2024.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), ia telah diserikan dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

RiTJ 2024, anjuran Authentic Ideas dan Events Enterprise dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) serta Tourism Malaysia mengetengahkan gabungan kugiran terkenal dari Malaysia, Indonesia, Singapura serta bakat-bakat tempatan.

Pada malam pertama, pentas utama dimeriahkan dengan kemunculan band otai hebat Sweet Charity, XPDC, JS Boy, Criss X dan Jemson yang menghidangkan persembahan bertenaga dengan lagu-lagu ikonik mereka yang pernah memecahkan corong radio suatu masa dahulu.

Kerumunan penonton yang meminati genre rock memeriahkan suasana RiTJ. - Gambar UKAS
Kerumunan penonton yang meminati genre rock memeriahkan suasana RiTJ. – Gambar UKAS

Pentas terakhir malam ini akan dihangatkan lagi dengan persembahan band-band legenda tanahair antaranya Wings, Senseless, Candy, Edane dan BNB Band.

Selain konsert, pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti sampingan seperti gerai makanan, pameran kraf tangan tempatan dan koleksi eksklusif barangan rasmi RiTJ.

Acara ini menawarkan pengalaman menyeluruh kepada peminat muzik rock dari dalam dan luar negeri.

Abdul Karim (tengah) diapit kenamaan yang hadir memeriahkan majlis. - Gambar UKAS
Abdul Karim (tengah) diapit kenamaan yang hadir memeriahkan majlis. – Gambar UKAS

Source link

Pusaka Ilmu Memanah Dalam Islam: Mengenal Lebih Jauh Teknik Memanah (Al-Wafi Publishing / Arafah - AA)
Shopee.com.my
5.0
RM35.00
Pusaka Ilmu Memanah Dalam Islam: Mengenal Lebih Jauh Teknik Memanah (Al-Wafi Publishing / Arafah - AA)
Kitab Syamail Muhammad Mengenali Keperibadian Baginda Nabi ﷺ Dengan Lebih Dekat [SSM]
Shopee.com.my
5.0
RM25.00
Kitab Syamail Muhammad Mengenali Keperibadian Baginda Nabi ﷺ Dengan Lebih Dekat [SSM]
Lebih dari 1000 Amalan Sunnah dalam Sehari Semalam
Shopee.com.my
5.0
RM14.90

Leave a Reply