SINGAPURA: Platform eDagang Lazada memohon maaf kepada kesatuan sekerja yang mewakili kakitangan di Singapura kerana tidak berunding dengan badan itu sebelum pelaksanaan pemberhentian pekerja secara mengejut minggu lalu.

Dalam satu kenyataan bersama, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) serta Makanan Minuman dan Kesatuan Pekerja Bersekutu (FDAWU) memaklumkan menerima permohonan maaf Lazada.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama rapat dan meletakkan kepentingan pekerja sebagai keutamaan dalam rundingan mereka.

“Lazada juga memberi jaminan kepada FDAWU bahawa mereka akan dirujuk terlebih dahulu untuk sebarang keputusan pada masa hadapan,” kata kesatuan itu.

Terdahulu pada hari Jumaat, FDAWU menyatakan kekecewaan kerana tidak dimaklumkan atau dirujuk sebelum pemberhentian pekerja dibuat oleh Lazada.

FDAWU berkata, badan itu juga sedang berunding untuk mendapatkan faedah pemberhentian tambahan kepada pekerja terjejas yang layak.

“Pekerja Lazada yang diberhentikan diberitahu mereka akan menerima gaji dua minggu untuk setiap tahun perkhidmatan. FDAWU mendapati tawaran ini tidak memuaskan. Kementerian Sumber Manusia (MOM) akan terus memudahkan rundingan ini.

“Lazada juga memberi jaminan kepada FDAWU bahawa mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya dan memberikan sebarang maklumat yang diperlukan untuk memastikan bahawa pemberhentian pekerja dijalankan dengan adil,” katanya.

MOM menegaskan, majikan harus bertindak secara bertanggungjawab apabila mempertimbangkan langkah penjimatan kos dan syarikat  seperti Lazada harus memulakan perbincangan dengan kesatuan sekerja mereka untuk menjaga kepentingan pekerja yang terjejas.

Khamis lalu lebih 100 kakitangan dilaporkan berlinangan air mata dan terkejut selepas dimaklumkan tentang pemberhentian mereka yang dilakukan secara tiba-tiba itu.-AGENSI

Source link

MEME Pink Courier Bag 100 Pcs Parcel Bag Packing Fast Delivery Good Quality Economic Postage Shopee Lazada Tiktok
Shopee.com.my
4.9
RM2.90

-56%
Shopee | Lazada - A6 Thermal Label 100mm x 150mm 350pcs / 500pc AWB Airway Bill
Shopee.com.my
5.0
RM8.00 RM18.60
Shopee | Lazada - A6 Thermal Label 100mm x 150mm 350pcs / 500pc AWB Airway Bill
Thermal Label Printer to Print Shopee & Lazada Air Waybill / AWB / Product Label / Barcode Label
Shopee.com.my
5.0
RM278.00

Free shipping*xprinter 420B A6 Label Thermal Printer Label Air Waybill printer bluetooth print shopee,lazada waybill
Shopee.com.my
5.0
RM239.00

Leave a Reply