Layanan Tambahan – Klinik E-Hailing: Apakah yang Ditawarkan oleh HRC?


PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH – KLINIK E-HAILING

Tahukah anda di HRC ada menyediakan Klinik e-hailing buat pemandu OKU pada setiap Hari Selasa dari pukul 8.00 pagi – 1.00 tengah hari?

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

– Permohonan dan pembaharuan lesen memandu OKU.
– Permohonan lesen Vokasional (PSV) bagi pesakit OKU.
– Permohonan “Zero Commission” bagi pemandu kenderaan Grab dll yang memiliki kad OKU.
– Rujukan ke Jurupulih Carakerja bagi melakukan “Driving Assessment”

Pesakit hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 di Kaunter Hasil bagi setiap perkhidmatan yang berkaitan dengan pemeriksaan fizikal seperti :-
1. Permohonan baharu lesen memandu OKU.
2. Permohonan Lesen Memandu Vokasional (PSV).
3. Permohonan “Zero Commission”.
4. Ujian Memandu

Hanya RM5 akan dikenakan bagi pembaharuan lesen memandu OKU dan Lesen memandu Vokasional (PSV).

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan Klinik E-Hailing, sila hubungi 03-91453400 sambungan 3300/3301.

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”




Source

Leave a Reply