LANGKAWI: Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) melakukan persiapan rapi selepas jalan diturap sepenuhnya menjelang perlumbaan Peringkat 1 pada Ahad ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), Emir Abdul Jalal yang berkata penurapan jalan di sekitar laluan Teluk Yu selesai pada minggu ini.

“Tiga minggu lalu, hujan lebat yang tidak terkawal melanda kawasan tersebut (Teluk Yu). Kami ada kerisauan sedikit ketika itu.

“Kami sudah memeriksa laluan di Teluk Yu, semua sudah siap diturap dan laluannya cantik. Persiapan oleh pihak berwajib Pulau Langkawi cukup baik daripada sebelum ini.

“JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengesahkan kepada kami laluan itu akan siap sebelum kejohanan. Hasilnya, kami lihat lubang besar semua sudah diturap,” kata Emir ketika ditemui media di sebuah hotel sekitar Pulau Langkawi, semalam.

Perlumbaan Peringkat 1 yang sejauh 96.5 kilometer (km) itu bermula di Kuah dan mengelilingi Pulau Langkawi, membabitkan 22 pasukan yang seramai 132 pelumba secara keseluruhan.

Sementara itu, Emir menegaskan perlumbaan tetap akan dijalankan biarpun cuaca tidak menentu, terutamanya di kawasan Cameron Highlands.

Menurutnya, beliau bersama penganjur sudah merangka pelan kontingensi sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku ketika perlumbaan berlangsung.

“Perlumbaan akan tetap berjalan biarpun hujan lebat melanda. Sekiranya banjir, kami akan usulkan kepada UCI (Persekutuan Berbasikal Antarabangsa) dan pihak komisar akan memutuskan perlumbaan untuk mengubah laluan tersebut atau dibatalkan.

“Di Cameron Highlands kami sudah memeriksa dengan pihak di sana. Untuk kejadian tanah runtuh terjadi di sana amat minimum. Kami ada bantuan dari JKR sekiranya pokok tumbang menghalang laluan,” katanya.

Perlumbaan LTdL 2024 akan bermula pada keesokan hari sehingga 6 Oktober yang membabitkan lapan peringkat bermula Pulau Langkawi dan berakhir di Bintulu, Sarawak. – UTUSAN





Source link

-60%
Adjustable Password Lock Luggage Strap Aeroplane Cross Belt 20" 32" Travel Suitcase Kunci Bagasi Kata Laluan
Shopee.com.my
4.9
RM12.90 RM32.25
Adjustable Password Lock Luggage Strap Aeroplane Cross Belt 20" 32" Travel Suitcase Kunci Bagasi Kata Laluan
Pan Cok Pokok Getah Sangat Tebal Laluan Susu Getah Lidah Sudu getah 1 ikat Latex Spoon 40+pcs
Shopee.com.my
5.0
RM2.00
Pan Cok Pokok Getah Sangat Tebal Laluan Susu Getah Lidah Sudu getah 1 ikat Latex Spoon 40+pcs
[TERMURAH DI PASARAN] Penutup longkang besi heavy duty| Tahan lasak untuk laluan kenderaan di parkir rmh anda
Shopee.com.my
4.8
RM45.00
[TERMURAH DI PASARAN] Penutup longkang besi heavy duty| Tahan lasak untuk laluan kenderaan di parkir rmh anda
-15%
3g REPACK ubat penghalau semut dan anai-anai tabur je kat laluan dan kawasan serangan
Shopee.com.my
4.9
RM1.70 RM2.00
3g REPACK ubat penghalau semut dan anai-anai tabur je kat laluan dan kawasan serangan

Leave a Reply