MANJUNG – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.

“Saya dimaklumkan perkara ini telah dalam siasatan polis dan satu kertas siasatan dibuka jadi lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa.

“Di peringkat kementerian pula kita akan tunggu maklum balas dan hasil dapatan lanjut namun setakat ini saya belum mendapat laporan lengkap mengenai perkara terbabit,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program ‘In Person With Doc Zam@Lumut dan Pelancaran Inisiatif Siswa Aspirasi Rakyat Kementerian Pendidikan Tinggi (Sasar KPT) dekat sini.

Pada Khamis lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung insiden berkenaan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu Rabu lepas selepas pengadu memaklumkan terkesan dengan sebuah hantaran di laman Facebook menyatakan seorang pensyarah dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW di dalam program yang dikendalikan oleh individu berkenaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Source link

KPT-266ST DVB-S2 DVB-T2 DVB-C satellite Finder meter HD 4.3Inch Combo Satellite TV Receiver VF-8620 Digital Portable TV
Shopee.com.my
5.0
RM400.00

KPT-716 DVB-S2+DVB-T2 SATLITTE Finder Meter
Shopee.com.my
5.0
RM480.00
KPT-716 DVB-S2+DVB-T2 SATLITTE Finder Meter
-50%
KPT-259S/T 4.3"IPS TFT LCD Screen Portable Combo Satellite Finder S2+T2+C Spectrum Analysis HD Monitor Lithium Battery
Shopee.com.my
5.0
RM464.00 RM928.00

Leave a Reply