INFO KPM: Permohonan Program Duta Guru (PDG) Kohort 6 Kini Dibuka! Adakah anda Duta Guru seterusnya?
Permohonan PDG Kohort 6 kini dibuka! Adakah anda seorang guru sekolah menengah (guru menengah rendah dan/atau menengah atas) yang mengajar subjek bidang STEM dan/atau Geografi? Jika ya, anda kini berpeluang untuk menjadi salah seorang peserta PDG bagi Kohort 6!
Program PDG yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan PETRONAS bertujuan untuk membentuk seramai 4,500 guru yang berkualiti tinggi dan komited untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM.
Ayuh! Sertai kami sebelum 18 Ogos 2024 (Ahad), 11:59 malam sebelum permohonan ditutup menerusi pautan:
Untuk makluman lanjut berkaitan PDG, sila layari Pek Maklumat di bawah:
https://tinyurl.com/PekMaklumatKohort6
Bagi mendapatkan maklumat langsung serta pengumuman penting dari pihak pelaksana program, sertai Kumpulan Telegram menerusi pautan di bawah:
https://tinyurl.com/RuangPertanyaanPDGKohort6
Sila kemukakan sebarang soalan menerusi emel [email protected].
#ProgramDutaGuru #YayasanPETRONAS #SDG5 #PETRONAS
#PassionateAboutProgress