INFO KPM: Atasi cabaran mendidik bersama rakan seperjuangan!
Semua guru, tidak kira sama ada mereka berada di bandar atau luar bandar, menghadapi cabaran untuk mencipta pendekatan pengajaran terbaik. Kadang-kadang, guru terpaksa mengatasi kesukaran ini secara peribadi.
Dengan menggunakan platform Program Duta Guru (PDG), anda mempunyai peluang untuk berinteraksi dan berkongsi idea dengan lebih 1,000 guru STEM dari setiap negeri Malaysia. Tambahan pula, program ini disokong oleh 194 Pembimbing PDG yang terdiri daripada pegawai SISC+ di daerah anda.
Program PDG, yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan PETRONAS bertujuan untuk membentuk seramai 4,500 guru yang berkualiti tinggi dan komited untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM.
Ayuh! Sertai kami sebelum 18 Ogos 2024 (Ahad), 11:59 malam sebelum permohonan ditutup menerusi pautan:
Untuk makluman lanjut berkaitan PDG, sila layari Pek Maklumat di bawah:
https://tinyurl.com/PekMaklumatKohort6
Bagi mendapatkan maklumat langsung serta pengumuman penting dari pihak pelaksana program, sila sertai Kumpulan Telegram menerusi pautan di bawah:
https://tinyurl.com/RuangPertanyaanPDGKohort6
Sila kemukakan sebarang soalan menerusi emel [email protected].
#ProgramDutaGuru #YayasanPETRONAS #SDG5 #PETRONAS #PassionateAboutProgress