KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengemukakan cadangan supaya proses pinjaman daripada pihak bank kepada pekebun kecil kelapa sawit dipermudahkan dalam Belanjawan 2025.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan melalui Belanjawan 2024 telah memperuntukkan RM100 juta secara hibrid dalam bentuk 50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman untuk melaksanakan Program Tanam Semula Sawit (TSPKS) 2.0.

Katanya kementerian melihat terdapat kesukaran bagi pekebun kecil kelapa sawit untuk membuat permohonan pinjaman daripada pihak bank bagi tujuan tanaman semula pokok berikutan terdapat banyak syarat dikenakan oleh pihak bank.

“Walaupun pinjaman 50 peratus dan 50 peratus lagi geran, kita lihat agak sukar untuk sebahagian pekebun kecil membuat pinjaman kerana mereka tidak boleh memenuhi banyak kriteria.

“Kementerian sedang melihat dan kemungkinan besar akan mencadangkan dalam belanjawan akan datang bagaimana untuk memudahkan pinjaman 50 peratus itu supaya dapat memberi kemudahan kepada pekebun kecil yang mempunyai pokok berumur lebih 25 tahun,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Pay Hen berhubung insentif tanam semula kelapa sawit dan sambutan terhadap program TSPKS 2.0.



Source link

Glass matot 0.22 klos bogel KPK 2
Shopee.com.my
4.7
RM6.59
Glass matot 0.22 klos bogel KPK 2
Coin Button Via future Anchor future x future led future Fat 125 Genuine 90087KPK900 90084471000
Shopee.com.my
5.0
RM8.25
Coin Button Via future Anchor future x future led future Fat 125 Genuine 90087KPK900 90084471000
READY STOCK IN MALAYSIAKidario Pencil Knife Kpk - 0103 Silver Colour
Shopee.com.my
5.0
RM2.50
READY STOCK IN MALAYSIAKidario Pencil Knife Kpk - 0103 Silver Colour
-43%
Kpk Prisoner Trend T-Shirt | Hot Item
Shopee.com.my
5.0
RM31.35 RM55.00
Kpk Prisoner Trend T-Shirt | Hot Item

Leave a Reply