KPJ Health telah memaklumkan bahawa Maharani Specialist Hospital Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik tidak langsung sepenuhnya kumpulan itu, telah melantik Tg. Langsat Development Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh JCorp untuk kerja pengubahsuaian hospitalnya dengan jumlah kontrak sebanyak RM13.17 juta.
Kerja pengubahsuaian yang dicadangkan termasuk pengubahsuaian tingkat 1, 2, 3, 6L, dan 7L di KPJ BMSH untuk menampung tambahan bilik bedah dan merenovasi bahagian perkhidmatan steril pusat berserta keperluan sampingan. Perluasan ini, menurutnya, selaras dengan matlamat hospital untuk meningkatkan kapasiti katilnya. KPJ BMSH adalah hospital yang sepenuhnya dimiliki oleh KPJHB dan memulakan operasi pada 6 Jun 2014.