KONGRES Pemilihan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada 7 September depan menjadi teka-teki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan ke badan induk bermula semalam.

Perkara itu disahkan oleh Pemangku Presiden KLFA, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dengan keputusan sama ada kongres diteruskan atau ditunda bergantung dengan siasatan SPRM ketika ini.

“Kita sudah mengemukakan laporan kepada SPRM dan dalam masa 14 hari, SPRM akan melengkapkan siasatan mereka. Jika ada kebarangkalian salah laku, ia (kongres) akan ditunda.

“Sekiranya tiada salah laku, automatik 7 September itu (kongres) seperti tarikh ditetapkan ahli jawatankuasa KLFA,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Difahamkan, kertas pencalonan untuk kongres KLFA sepatutnya diumum hari ini oleh badan berkecuali tetapi tidak dapat dilakukan susulan siasatan dijalankan SPRM.

Meskipun belum ada bayangan mengenai pencalonan rasmi bagi jawatan yang dipertandingkan, Abdullah optimis kongres pemilihan bakal berlangsung dengan penuh meriah melibatkan persaingan ramai pihak.

“Saya ramalkan ada pertandingan kerana ramai orang berminat dengan KLFA,” katanya pada sidang media di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden KLFA selain Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. – KOSMO! ONLINE





Source link

MY011 Malaysia setem kongres jalan raya sedunia 1999 3v mint and used complete set
Shopee.com.my
5.0
RM3.80
MY011 Malaysia setem kongres jalan raya sedunia 1999 3v mint and used complete set
Setem Malaysia. USED. Kongres antarabangsa AIDS, 1999
Shopee.com.my
5.0
RM1.50
Setem Malaysia. USED. Kongres antarabangsa AIDS, 1999
2001 fdc fdi world dental congress kongres pergigian sedunia first day cover sampul surat hari pertama setem stamp
Shopee.com.my
RM6.50
2001 fdc fdi world dental congress kongres pergigian sedunia first day cover sampul surat hari pertama setem stamp
SM8720 Stamps Malaysia Used 1975 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ke-25
Shopee.com.my
RM4.00
SM8720 Stamps Malaysia Used 1975 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ke-25

Leave a Reply