Kompleks Mahkamah Syariah bakal dibina di Temerloh 


KUANTAN: Sebuah kompleks Mahkamah Syariah bakal dibina di persimpangan Sri Semantan di Kampung Busut Jin, dekat Temerloh, tahun hadapan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang,

Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri memperuntukKan kira-kira RM15 juta bagi pembinaan kompleks tersebut dengan kawasan seluas lima hektar sudah pun dikenal pasti.

“Sebut harga bagi pembinaan bangunan dua tingkat itu dibuka pada Februari dan dijangka mula bina pada April 2024.

“Ia bakal memberi kemudahan bilik bicara, mahkamah tinggi syariah, bilik hakim, pejabat pentadbiran dan kemudahan lain sebagaimana standard mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Tindakan Daerah Temerloh di bilik mesyuarat utama Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh bagi membincangkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim turut memberitahu, sebanyak lapan masjid sedang dan sudah dibina di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Krau itu juga berkata, sebanyak 44 projek di bawah Kerajaan Pahang disalur melalui Pejabat Daerah secara sebut harga dengan Kos RM1.2 juta bagi membina Dewan Baru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau Temerloh Pahang serta  membaik pulih Sekolah Agama KAFA Al Khairiah Jengka 23.

Ini termasuk pendawaian dan pembaikan Padang Futsal Felda Jengka 23 dan kerja-kerja  membina jalan Masjid Kampung Tekal.

“Seterusnya, kerja-kerja memasang pagar padang awam Ketumbit Kerdau, baik pulih rumah wakaf perkuburan megat segama menaik taraf rumah penyembelihan Kampung Desa Baru Purun dan lain-lain,” katanya. – UTUSAN

 





Source link

Leave a Reply