Kisah pemuda austime yang bercita-cita ingin menjadi seorang doctor.
GOOD DOCTOR (2013)
Antara drama korea genre medical favorite aku selepas Doctor Romantik, Hospital Playlist & Doctor Stranger. Apa yang membuatkan drama ni berbeza dengan kdrama medical lain ialah watak utamanya merupakan seorang OKU. Ada vibe-vibe macam Extraordinary Attorney Woo tapi versi lelaki.
Mengisahkan tentang perjalanan penuh liku seorang pemuda austime dalam mengejar impiannya untuk menjadi seorang doctor. Bayangkan, dia ni sangat genius dan boleh dikatakan lebih bijak dari sesetangah doctor normal tapi yang jadi masalah besarnya perangai serta tingkah lakunya tak ubah seperti kanak-kanak berumur 10 tahun.
Disebabkan itu, dia sering diremehkan serta berhadapan dengan pelbagai jenis diskriminasi. Tapi mujorlah ada seorang akak doctor yang sangat baik dan cantik sentiasa menyokongnya. Hal tersebut membuatkan dia lebih bersemangat dan ingin membuktikan pada masyarakat bahawa orang yang menghidap austime juga boleh melakukan apa yang orang normal lakukan.
Siapa belum tengok lagi drama ni try lah tengok. Korang boleh tengok drama ni dekat Viu. Lakonan Joo-won, Moon Chae-won mantap👍
#ViuMalaysia