Kisah Dorothy di Kuala Lumpur


Bayangkan Dorothy Gale zaman moden, bergaya dengan sepasang kasut Mary Jane merah yang memukau.

Sama seperti perjalanan Dorothy melalui tanah ajaib Oz, fashionista Kuala Lumpur ini memulakan pengembaraannya dengan sentuhan kasut Mary Jane.

Setiap langkah menjadi landasan fesyen peribadi, mengubah lorong-lorong sibuk di ibu kota menjadi landasan pengayaan yang menakjubkan.

Direka pada awal abad ke-20, kasut Mary Jane bermula sebagai pilihan kasual untuk kanak-kanak perempuan.

Namanya diambil dari watak kanak-kanak dalam buku komik Buster Brown. Ia bukan sekadar alas kaki, malah menjadi simbol kegirangan dan pesona dalam dunia fesyen yang penuh nostalgia.

Pertama kali diperkenalkan sebagai kasut sekolah, Mary Jane melangkah ke arena fesyen dewasa dengan corak yang semakin kreatif dan rekaan menawan.

Keunikan Mary Jane bukan hanya pada rekaanya yang menarik, tetapi juga keselesaan. Corak strap melintang di bahagian tengah memberikan sokongan stabil.

Kasut ini menjadi pilihan pada 1960-an apabila dipakai oleh It Girls seperti Jane Birkin dan Twiggy. Kini, ia tetap menjadi pilihan dan sering digayakan oleh Olivia Rodrigo, Gigi Hadid, Kai Gerber, dan Alexa Chung.


Pilihan saya minggu ini adalah koleksi kasut Mary Jane dari jenama tempatan Seru.

Jenama yang diasaskan oleh empat rakan ini menawarkan keselesaan dan kesederhanaan dalam penampilan harian, malah sesuai untuk setiap acara.

Untuk dirimu yang ingin menggayakan kasut Mary Jane, pilihlah rekaan klasik seperti Jane in Sandy dan Jane in Monochrome.


Gayakan dengan skirt A-line untuk penampilan yang bergaya dan sopan.

Untuk penampilan santai, gayakan Mary Jane dengan seluar palazzo dan kemeja longgar.

Cuba padankan kasut Mary Jane dengan jeans untuk tampil lebih bergaya. Dalam padanan ini, gaya klasik dengan sedikit sentuhan moden boleh dicapai dengan sepasang boyfriend jeans, kemeja putih dan blazer tweed.

Untuk gaya It Girls, padankan Mary Jane dengan stokin longgar, skirt midi berlapis ruffles hitam, baju T grafik dan jaket tan. Gaya ini akan membuatkan penampilanmu kelihatan segar dan bergaya.

Hidup ini terlalu singkat untuk tidak menyelitkan sedikit keceriaan dalam setiap langkahmu, termasuk pilihan kasut harian. Biarlah Mary Jane menjadi teman setiamu seperti Dorothy di dalam Wizard of Oz menari melintasi hiruk-pikuk kehidupan dan gaya.

Koleksi Jane: Jane in Sandy dan Jane in Monochrome





Source link

Leave a Reply