Syarikat hiburan dan kandungan terkemuka Malaysia, Astro berjaya merangkul Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu) pada Anugerah Seri Angkasa 2024.
Pemenang Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu)
Kemenangan tersebut diraih menerusi Drama Kisah Cinta Phoebe & Ejoi yang dibintangi oleh Amir Ahnaf, Kimberly Chuah, Mierul Aiman, Adam Lee, Mimi Lana dan ramai lagi.
Drama Kisah Cinta Phoebe & Ejoi telah mengalahkan tiga drama bersiri lain iaitu Bell Ngasri ke ABPBH, Odah The Series (TV3 39th Anniversary) dan Julia’s Secret Recipe.
Anda boleh menyaksikan drama dan program ini menerusi medium penstriman Astro Go dan Sooka.
Sebagai pemain utama dalam industri ini, Astro terus berada di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman kandungan premium kepada pelanggannya.
Anugerah ini juga adalah bukti komitmen Astro yang teguh untuk menaikkan standard penyiaran tempatan dan mencipta kandungan luar biasa yang menarik minat penonton dan menginspirasi industri.
Sinospsis Kisah Cinta Phoebe & Ejoi
Menceritakan kehidupan Phoebe pindah ke sekolah Ejoi dan Akim pada hari pertama Lower 6 pada tahun 1998, setahun sebelum Mira pindah sekolah. Cerita ini akan fokus kepada hubungan Phoebe dan Ejoi.
Sekadar info, malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 akan berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Oktober ini dan Astro akan bersaing untuk memenangi trofi Drama Bersiri TV Terbaik.