KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat sesi petang ‘hangat’ apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing ‘naik angin’ diganggu  Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah).

Ketika King Sing membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan di peringkat kementerian, Mas Ermieyati bangun mahu menteri itu memperincikan mengenai peruntukan RM130 juta dalam Belanjawan 2025 bagi Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK).

“Nanti saya jawab secara bertulis,” kata King Sing.

“Ini benda basic sahaja menteri, boleh sahaja bagitahu peruntukan sebanyak RM130 juta itu,” ujar Mas Ermieyati.

Namun King Sing tetap akan memberikan jawapan secara bertulis. Nothing to hide (tiada yang disembunyikan) jawab King Sing.

Mas Ermieyati kemudiannya akur akan jaminan King Sing untuk memberikan jawapan secara bertulis.

“Boleh secara bertulis, itu pun nak marah,” katanya lagi.

Pergaduhan mulut antara mereka berlarutan sehingga Mas Ermieyati berkata, beliau harus bertanyakan soalan itu disebabkan beliau menjaga portfolio pelancongan di pihak pembangkang.

“Tidak perlu bahas, sebab saya nak tahu sahaja,” katanya.

King Sing kemudiannya berkata “Bukan marah, kalau nak berbahas, saya sudah jawab, bukan marah,” tegas King Sing.

Melihat kepada keadaan semakin tegang, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng mengarahkan King Sing meneruskan berbahasannya.

“Kena kacau sedikit pun dah macam ini,” kata Mas Ermieyati.

Mendengar kenyataan itu, King Sing mengajak Ahli Parlimen Masjid Tanah itu untuk ‘bergaduh’ di luar dewan.

King Sing kemudiannya meneruskan perbahasan beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

-90%
HELMET STENG TOPI HALF CUT HELMET KURA KURA TOPI KELEDAR ORIGINAL VISOR BIKKO SGV TINTED SIANG MALAM
Shopee.com.my
4.8
RM15.00 RM150.00
HELMET STENG TOPI HALF CUT HELMET KURA KURA TOPI KELEDAR ORIGINAL VISOR BIKKO SGV TINTED SIANG MALAM
-87%
FRONT FORK SCREW SKRU TURUN FOK DEPAN Y16 Y15 LC135 NVX NMAX LAGENDA 115 EX5 RS150 RSX SYM VF3i
Shopee.com.my
4.9
RM1.00 RM8.33
FRONT FORK SCREW SKRU TURUN FOK DEPAN Y16 Y15 LC135 NVX NMAX LAGENDA 115 EX5 RS150 RSX SYM VF3i
-87%
SEAT COVER KINGDRAG Y15 Y16 LC135 LAGENDA 125Z EGO AVANTIZ SOLARIZ NMAX NVX EX5 DREAM WAVE RSX KRISS
Shopee.com.my
4.9
RM7.00 RM53.85
SEAT COVER KINGDRAG Y15 Y16 LC135 LAGENDA 125Z EGO AVANTIZ SOLARIZ NMAX NVX EX5 DREAM WAVE RSX KRISS

Leave a Reply