KIMLUN melalui anak syarikatnya Kimlun Sdn Bhd telah menerima anugerah kontrak pembinaan daripada Melia Spring Sdn Bhd untuk kerja-kerja pembinaan utama bagi apartmen berperkhidmatan di Daerah Johor Bahru, Johor.

Nilai kontrak adalah RM143 juta dengan kerja pembinaan dijangka siap pada suku keempat tahun 2026.

Syarikat tersebut mengatakan projek ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih bagi tahun kewangan semasa tempoh kontrak.



Source link

Leave a Reply