SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee bersama peserta lain dan penganjur yang terlibat dengan insiden mengibarkan bendera negara asing di tempat awam di Johor dan Perak disiasat di bawah Akta Hasutan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan berkenaan perlu diambil kerana perbuatan mengibar bendera itu bukan sahaja menghina negara bahkan seolah-olah menghasut orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

“PPIM juga berharap agar menteri dan menteri besar negeri-negeri terbabit mengeluarkan kenyataan-kenyataan bijak yang berdasarkan fakta dan akta serta bukan yang berbentuk bacul dalam kemelut yang berkaitan dengan kedaulatan negara ini.

“PPIM sentiasa menghormati dan menyokong tugas pihak berkuasa, namun dalam isu ini (kibar bendera asing) kita tidak boleh berkompromi.

“Apa yang kami bimbang adalah tindakan di luar jangkaan oleh orang awam yang mungkin menyebabkan ketegangan dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini belum pun reda isu bendera China dikibarkan di Perak, dilaporkan timbul pula kes baharu apabila ada lagi kes bendera asing dikibarkan iaitu pada Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia yang diadakan di Johor.

Pesta yang turut disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura dan Indonesia berkenaan dihadiri Chee Yee sebagai salah seorang peserta.

Ketika program tersebut berlangsung, ada beberapa peserta didakwa mengibarkan bendera China, Vietnam dan Thailand.

Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial satu perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak yang menyaksikan ada beberapa peserta mengibarkan bendera China sekali gus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat tempatan.

Nadzim menegaskan, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar kedaulatan Malaysia.

“Kami amat kesal perkara ini boleh berlaku di negara ini dan meminta tindakan tegas pihak berkuasa menanganinya sebelum ia berada di luar kawalan,” desaknya.



Source link

SODILARITI White Flag Kita Bantu Kibar Kain Putih Graphic Tee Cotton T-Shirt
Shopee.com.my
5.0
RM29.90
SODILARITI White Flag Kita Bantu Kibar Kain Putih Graphic Tee Cotton T-Shirt
Flag Palestine Bendera Palestin 21 x 14 cm Hand Kain Pegang tangan Kibar Save Gaza small mini negara Palestinian
Shopee.com.my
5.0
RM1.99
Flag Palestine Bendera Palestin 21 x 14 cm Hand Kain Pegang tangan Kibar Save Gaza small mini negara Palestinian
Kibar Book Package 1 SET ORIGINAL Color
Shopee.com.my
RM61.49
Kibar Book Package 1 SET ORIGINAL Color

Leave a Reply