[SALAH FAHAM MENGENAI PENYAKIT BUASIR]
1. “Buasir hanya berlaku pada orang tua.”
Fakta: Buasir boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk golongan muda terutama yang mengalami sembelit kronik, gaya hidup tidak aktif, duduk terlalu lama atau wanita hamil.
2. “Buasir disebabkan makan pedas.”
Fakta: Makanan pedas tak menyebabkan buasir, tapi boleh merangsang saluran dubur yang sudah radang, menyebabkan rasa sakit atau pedih.
3. “Kalau berdarah masa buang air besar, itu mesti buasir.”
Fakta: Tak semestinya. Darah dalam najis juga boleh jadi tanda buasir, tetapi juga mungkin disebabkan masalah lain seperti fisur dubur atau kanser kolorektal.
4. “Buasir boleh hilang sendiri tanpa rawatan.”
Fakta: Buasir tahap awal kadang boleh pulih dengan perubahan gaya hidup (lebihkan serat, minum air, senaman). Tapi jika makin teruk, rawatan perubatan diperlukan.
5. “Buasir berjangkit.”
Fakta: Tidak benar. Buasir bukan penyakit berjangkit ia adalah pembengkakan salur darah di kawasan dubur.
6. “Buasir berlaku sebab kurang bersih.”
Fakta: Kebersihan tidak menyebabkan buasir, tapi menggosok terlalu kuat semasa membasuh atau menggunakan tisu kasar boleh memburukkan keadaan.
7. “Rawatan buasir mesti pembedahan.”
Fakta: Tidak semua kes perlukan pembedahan. Ada rawatan seperti ubat sapu, ubat oral, atau prosedur ringan seperti rubber band ligation untuk kes sederhana.
8. “Wanita mengandung tak boleh rawat buasir.”
Fakta: Ada rawatan selamat untuk ibu hamil, tapi perlu dibincang dengan doktor. Jangan tahan sakit atau abaikan rawatan.
9. “Buasir tanda lemah tenaga batin.”
Fakta: Tiada kaitan langsung antara buasir dan kekuatan seksual. Ini hanyalah mitos.
10. “Duduk atas lantai atau batu sejuk sebabkan buasir.”
Fakta: Ini kepercayaan lama yang tidak disokong sains. Faktor sebenar lebih kepada tekanan dan gaya hidup.
Ramai yang malu nak bercakap tentang buasir, apatah lagi nak jumpa doktor. Tapi kerana terlalu banyak salah faham, ramai terlewat mendapatkan rawatan.
Buasir sakit oo
Buasir tu sama dengan kanser ke?
Aduh semua saya ada. Alamak, alamak Alamak. Alamak Gawai tak lama lagi. Lagu Baharu.
Dulu suka tahan air besar, last-last kena apendiks masa umur 12.
Nk tnya klu ada lebihan daging tu skin tag ke .. daging tu boleh tolak masuk dlm dubur .. tu effect dr buasir ke
Buasir ni menyakitkan nk jalan pun tak selesa , amalkan gaya hidup sihat , makan buahan , sayuran dan bersenam 30 minit
orang kita hati dengan jantung pun confused. inikan pula penyakit hemorrhoid/ buasir. hahahahaha
Betul ke perempuan bnyk kena buasir min jika nk dibandingkn llaki ??