KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.

Penolong Pengurus Ambank Cawangan Manjalara Norsuhana Yusof, 46, mengesahkan terdapat transaksi kemasukan wang masing-masing RM400,000 ke dalam akaun Ambank Islamic atas syarikat Jendela Timur Consultant pada 2 September dan syarikat Fendi Dilif Resources pada 5 Oktober 2022.

“Pada 20 Oktober 2022, terdapat transaksi kemasukan wang RM31,800 dan RM54,000 bagi syarikat Fokus Malaysia Studio melalui pindahan wang.

“Terdapat juga transaksi kemasukan wang berjumlah RM90,580 atas syarikat Fokus Malaysia pada 7 November 2022,” katanya apabila dirujuk dengan penyata akaun Ambank Islamic bagi tiga syarikat berkenaan.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrom Idris pada perbicaraan kes bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang berhadapan 18 pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan rasuah berhubung projek Jana Wibawa.

Kepada soalan peguam Chetan Jethwani yang mewakili Wan Saiful, saksi bersetuju beliau hanya boleh mengesahkan terdapat wang masuk ke dalam akaun bank, namun tidak mengetahui tujuan wang berkenaan dimasukkan.

Sebelum ini, Wan Saiful didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram menerusi dua keping cek, masing-masing bernilai RM400,000 yang dibayar kepada syarikat Jendela Timur Consultant dan Fendi Dilif Resources, serta memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM176,380 ke akaun bank syarikat Fokus Malaysia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung esok.

Wan Saiful, 49, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.

Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan SST bagi projek terbabit.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu, antaranya bagi membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini, antara 12 Ogos dan 13 November 2022. – Bernama

Source link

-73%
Casing Honor 50 SE 9X 9X Pro 9X Lite 7S 10X Lite 20 Lite 90 Lite 70 50 60 70 Pro 80 20 20 Pro 50 Pro 10i 20i Casing Keganasan silikon TPU membawa kes telefon anti drop
Shopee.com.my
4.9
RM3.74 RM14.38
Casing Honor 50 SE 9X 9X Pro 9X Lite 7S 10X Lite 20 Lite 90 Lite 70 50 60 70 Pro 80 20 20 Pro 50 Pro 10i 20i Casing Keganasan silikon TPU membawa kes telefon...
-71%
Casing Redmi 4A 4X 5A 6 6A 7 Note 5A Note 5A Prime Note 10 Note 10S Note 10 Pro 4G Note 10 5G Note 6 Note 6 Pro 10 4G Note 11 Note 11S Casing Bola silikon duduk di 4 sudut kes telefon anti drop
Shopee.com.my
4.9
RM4.24 RM15.14
Casing Redmi 4A 4X 5A 6 6A 7 Note 5A Note 5A Prime Note 10 Note 10S Note 10 Pro 4G Note 10 5G Note 6 Note 6 Pro 10 4G Note 11 Note 11S Casing Bola silikon...
-78%
Casing Huawei P30 P30 Pro P40 P40 Pro P40 Plus P50 P50E P50 Pro Nova 9 Nova 9 Pro Nova 9 SE Nova 7 Kreatif kes telefon anti drop yang transparan bunga kecil
Shopee.com.my
4.8
RM4.60 RM20.91

Leave a Reply