SHAH ALAM: Sebanyak 7,350 kejadian kebakaran dilaporkan berlaku sepanjang tahun lepas di Selangor termasuk insiden melibatkan sebuah pesawat terhempas pada Ogos 2023 dekat Elmina, di sini, namun angka tersebut dilaporkan meningkat berbanding 2022 iaitu 6,294 kes.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 21 kes kematian direkodkan pada tahun lalu juga dilaporkan meningkat berbanding 2022 iaitu 16 kes.

“Sejak 2020 berlaku penurunan insiden melibatkan kehilangan nyawa iaitu 2019 (32), 2020 (18), 2021 (14) dan 2022 (16) sebelum kembali meningkat pada 2023,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Tahun Baharu Cina, hari ini.

Beliau menambah, kini pasukan keselamatan itu mengerahkan kira-kira 1,120 daripada hampir 1,600 anggotanya untuk bertugas sepanjang Tahun Baharu Cina pada minggu depan.

Menurut Wan Md. Razali, hanya 30 peratus sahaja yang dibenarkan bercuti dan pihaknya akan memastikan sekurang 470 anggota dan pegawai bertugas setiap hari.

“Kekuatan anggota bomba di Selangor hampir 1,600 orang pasukan beruniform dan dibantu dengan anggota pengurusan sekitar 150 orang. Dari segi tempoh perayaan, sepanjang tempoh perayaan terdapat 1,500 kes kebakaran yang berlaku,”  jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan, sebanyak hampir separuh bangunan di seluruh negeri ini yang diwajibkan memiliki sijil perakuan bomba (FC) tidak mendapat pengiktirafan tersebut.

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak 1,844 bangunan yang dikenalpasti wajib mendapatkan sijil FC, namun pada tahun lalu hanya 980 bangunan yang perakuannya disahkan berkuatkuasa.

“Dalam tempoh sama, JBPM Selangor menerima 1,239 permohonan, 1,036 sedang dalam pemeriksaan dan 997 pula pengeluaran FC sedang diproses. Perakuan itu akan diberikan apabila memenuhi kehendak-kehendak kebombaan, kita akan keluarkan FC, itu mandatori.

“Bagaimanapun, selain jumlah permohonan, turut berlaku keadaan pemilik-pemilik premis dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi kehendak-kehendak kebombaan iaitu 99 yang didakwa di mahkamah.

“Banyak kesalahan contohnya menghalang laluan keluar keselamatan, sistem pam tidak berfungsi dengan baik, lampu kecemasan, perubahan dilakukan di premis yang ditetapkan tanpa mendapat kelulusan daripada bomba,” jelasnya. – UTUSAN





Source link

Bunga Sulam TampalBunga Sulam Tampal Yang Terus Boleh Di Iron Pada Pakaian Tudung Seluar Jeans Topi
Shopee.com.my
5.0
RM4.90
Bunga Sulam TampalBunga Sulam Tampal Yang Terus Boleh Di Iron Pada Pakaian Tudung Seluar Jeans Topi
DIYCartoon Sulam Yang Terus Boleh Di Iron Pada Pakaian Tudung Baju Seluar Jeans Topi Bag Kasut Kain
Shopee.com.my
5.0
RM5.90
DIYCartoon Sulam Yang Terus Boleh Di Iron Pada Pakaian Tudung Baju Seluar Jeans Topi Bag Kasut Kain
Gelang/Rantai Tangan batu Zircon. Menarik warna yang terang dan sesuai di pakai pada bila2 masa. Boleh sebagai hadiah.
Shopee.com.my
5.0
RM9.90
Gelang/Rantai Tangan batu Zircon. Menarik warna yang terang dan sesuai di pakai pada bila2 masa. Boleh sebagai hadiah.
Logo Sulam TampalLogo Sulam Yang Terus Boleh Di Iron Pada Pakaian Tudung Baju Seluar Jeans Topi Bag Kasut Kain
Shopee.com.my
5.0
RM3.90
Logo Sulam TampalLogo Sulam Yang Terus Boleh Di Iron Pada Pakaian Tudung Baju Seluar Jeans Topi Bag Kasut Kain

Leave a Reply