ALOR GAJAH – Suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, disambung reman selama tujuh hari bermula esok.

Perintah reman sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Dr. Teoh Shu Yee terhadap suspek yang berusia 37 tahun bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap bewarna jingga tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis.

Suspek sebelum ini telah ditahan reman bersama isterinya selama tujuh hari sejak 6 Ogos lalu bagi selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan Istiqomah, yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan Kota Masai, Johor.

Istiqomah dilaporkan hilang pada 27 Disember tahun lalu selepas keluar bekerja, namun keretanya ditemui di sekitar Lotus Kota Masai kira-kira pukul 2 petang hari sama.

Pada 31 Disember tahun lalu, mayat seorang wanita ditemui dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan tanpa kepala dan tangan di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Melaka.

Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ke atas ibu Istiqomah pada 2 Ogos baru-baru ini mendapati ia sepadan dengan mayat ditemui.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek merupakan bekas kekasih Istiqomah dan berkenalan ketika kedua-duanya masih menuntut di institusi pendidikan.

“Kita percaya suspek dan mangsa berhubung bagi membincangkan pelaburan forex.

“Kita telah mendapat perintah reman ke atas suspek lelaki bagi meneruskan siasatan, manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE





Source link

-73%
Casing Honor 50 SE 9X 9X Pro 9X Lite 7S 10X Lite 20 Lite 90 Lite 70 50 60 70 Pro 80 20 20 Pro 50 Pro 10i 20i Casing Keganasan silikon TPU membawa kes telefon anti drop
Shopee.com.my
4.9
RM3.74 RM14.38
Casing Honor 50 SE 9X 9X Pro 9X Lite 7S 10X Lite 20 Lite 90 Lite 70 50 60 70 Pro 80 20 20 Pro 50 Pro 10i 20i Casing Keganasan silikon TPU membawa kes telefon...
-71%
Casing Redmi 4A 4X 5A 6 6A 7 Note 5A Note 5A Prime Note 10 Note 10S Note 10 Pro 4G Note 10 5G Note 6 Note 6 Pro 10 4G Note 11 Note 11S Casing Bola silikon duduk di 4 sudut kes telefon anti drop
Shopee.com.my
4.9
RM4.24 RM15.14
Casing Redmi 4A 4X 5A 6 6A 7 Note 5A Note 5A Prime Note 10 Note 10S Note 10 Pro 4G Note 10 5G Note 6 Note 6 Pro 10 4G Note 11 Note 11S Casing Bola silikon...
-78%
Casing Huawei P30 P30 Pro P40 P40 Pro P40 Plus P50 P50E P50 Pro Nova 9 Nova 9 Pro Nova 9 SE Nova 7 Kreatif kes telefon anti drop yang transparan bunga kecil
Shopee.com.my
4.8
RM4.60 RM20.91
Casing Huawei P30 P30 Pro P40 P40 Pro P40 Plus P50 P50E P50 Pro Nova 9 Nova 9 Pro Nova 9 SE Nova 7 Kreatif kes telefon anti drop yang transparan bunga kecil

Leave a Reply