PETALING JAYA: Sebarang penangguhan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak boleh dibuat sesuka hati disebabkan jumlah kertas peperiksaan yang terlalu banyak.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan  Semenanjung Malaysia (NUTP) , Fouzi Singon berkata, selain itu, SPM tidak boleh ditangguhkan disebabkan tarikh peperiksaan diselaraskan dengan pihak pengajian selepas berakhirnya peperiksaan berkenaan.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak menghentikan polemik berhubung penetapan tarikh SPM yang dibuat semalam.

“Pihak Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah bertungkus lumus dari awal iaitu bermula dengan membuat soalan, mencetak kertas peperiksaan, agihan, pelaksanaan peperiksaan, penandaan kertas peperiksaan dan sehingga tarikh mengumumkan keputusan peperiksaan juga telah diambilkira dengan berhati-hati. 

“Justeru itu, tidak boleh sesuka hati membuat sebarang pindaan atau perubahan tambahan pelbagai pihak terlibat dalam menyusun dan mengatur Peperiksaan SPM ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan bermula esok hingga Khamis.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat daripada pihak keselamatan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai situasi Monsun Timur Laut (MTL), yang berkemungkinan berpanjangan sehingga Februari 2025.

Sebagai rekod  seramai 402,956 calon yang mendaftar di 3337 pusat peperiksaan serta melibatkan 126,636 orang petugas.

Dalam pada itu Fouzi Singon berkata, sebarang rungutan berkaitan dengan buku rujukan dan pakaian adalah tidak relevan. 

“Peperiksaan bertulis seperti di dalam takwim peperiksaan akan diadakan pada 2 Januari 2025 hingga 6 Februari 2025. 

“Ketika itu diharapkan keadaan banjir akan pulih seperti biasa. Perkara-perkara ini diambilkira oleh pihak kementerian dan Lembaga Peperiksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Source link

Set kertas mewarna(seri kandi)
Shopee.com.my
RM25.00
Set kertas mewarna(seri kandi)
-62%
57mm Thermal Paper Rolls (1 Roll) Thermal Receipt Paper Roll Kertas Resit Gulung Credit Card Thermal Paper Roll TP01
Shopee.com.my
4.9
RM0.43 RM1.16
57mm Thermal Paper Rolls (1 Roll) Thermal Receipt Paper Roll Kertas Resit Gulung Credit Card Thermal Paper Roll TP01
-75%
Coreless Thermal Receipt Paper 57mm x 40mm/57mm x 50mm/Thermal Receipt Roll/Thermal Paper Roll/Kertas Resit/收银纸/小票纸
Shopee.com.my
4.9
RM0.50 RM2.00

Leave a Reply