mas
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
– Advertisement –

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran agar menjalinkan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu menangani isu gangguan emosi anak-anak mangsa GISB Holding yang terlibat dalam proses siasatan dan tindakan undang-undang.

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkata, ia adalah kerana proses siasatan yang sedang berlangsung sekarang melibatkan tangkapan dan pengasingan ibu bapa dan anak-anak mereka boleh menyebabkan berlakunya trauma terutama kanak-kanak.

“Sebab itulah keadaan-keadaan yang berlaku ini kecelaruan yang berlaku ini telah menyebabkan trauma pada anak-anak ini. Ada ibu dan bapa anak-anak ini telah ditahan dengan cara yang salah undang-undang dan juga melampaui skop siasatan polis.

“Ada ibu bapa dan anak-anak ditahan telah mengalami penderitaan, mental depression dan kemurungan, gangguan psikologi kerana dipaksa berada dalam tahanan polis,” ujarnya.

– Advertisement –

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Beliau berkata demikian ketika membahaskan isu kebajikan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Tambahnya, ada anak-anak termasuk yang masih lagi menyusu badan terpaksa berpisah dengan ibunya selain ada juga ibu yang sarat mengandung dipaksa melalui satu kehidupan dalam tahanan sedangkan anak dirampas dan dipisahkan.

“Pelbagai lagi episod yang menyedihkan. Saya sebagai ibu juga merasakan amat sedih dengan keadaan yang menimpa mereka,” katanya.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan bahawa tindakan tersebut boleh menyebabkan berlakunya perlanggaran di bawah Perkara 9 dan juga 18 Konvensyen  Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) apabila anak-anak ini telah dirampas dan dipisahkan daripada ibu dan ayah mereka.

“Perlu juga ada tempoh transit dan juga dilakukan screening sebelum kanak-kanak ini kembali ke pangkuan keluarga, termasuklah kaunseling, termasuklah pendidikan untuk anak-anak ini,” katanya.

Jelas beliau, kesemua itu perlu dilakukan sekarang dan juga selepas berlangsungnya penyiasatan di mana kerajaan perlu mewujudkan pelan jangka pendek, jangka sederhana dan juga jangka masa panjang dalam menangani permasalahan isu GISBH ini.

“Saya juga berharapkan supaya kerajaan lihat kolaborasi yang boleh dimainkan dengan NGO-NGO yang berpengalaman, NGO-NGO yang berkelayakan, yang mempunyai latar belakang yang hebat dalam membantu kerajaan dalam menangani usaha ini.

“Kita ada banyak NGO-NGO yang hebat, antaranya Yayasan Chow Kit, Voice Of The Children dan juga SUKA Society dan banyak lagi yang tak dapat saya sebutkan,” katanya.

Kerana itu beliau menyarankan kerajaan agar dapat membina rangkaian dengan NGO-NGO berkaitan supaya mereka dapat tampil ke hadapan dan membantu kerajaan dengan sebaik mungkin.

Kata Mas Ermieyati, ia supaya mereka dapat sama-sama memainkan peranan untuk melindungi dan memberikan kaunseling kepada anak-anak.

“Kerana apa? Trauma ini bukannya sekejap saja dalam tempoh sebulan dua dah okay, tetapi trauma ini akan berlaku dalam seluruh hidup mereka.

“Jadi bagaimana kita nak minimumkan atau menghilangkan trauma anak-anak ini adalah peranan yang teliti yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan. Ini amat penting sekali,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/10/2024

– Advertisement –

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Source link

PEMERKASAAN KERJASAMA SEKOLAH, KELUARGA DAN KOMUNITI, 9789834617721 ( SEKOLAH DAN MASYARAKAT )
Shopee.com.my
4.9
RM16.50
PEMERKASAAN KERJASAMA SEKOLAH, KELUARGA DAN KOMUNITI, 9789834617721 ( SEKOLAH DAN MASYARAKAT )
Pemasaran Politik Berteraskan Islam Kerajaan Perpaduan, BPMS, Kerjasama Politik dan Muafakat Nasional
Shopee.com.my
5.0
RM37.00
Pemasaran Politik Berteraskan Islam Kerajaan Perpaduan, BPMS, Kerjasama Politik dan Muafakat Nasional
Hikayat Gul Bakawali. DBP. kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Oxford Fajar Sdn. Bhd [RAK 834]
Shopee.com.my
5.0
RM15.00

Leave a Reply