Kereta Proton X50 musnah dalam kebakaran


 

BUTTERWORTH: Sebuah kereta Proton X50 musnah dalam kejadian kebakaran di Kilometer 12.2 Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), berhampiran susur Sungai Puyu di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, dalam kejadian pukul 5 pagi itu, kenderaan terbabit hangus terbakar sepenuhnya.

Menurut beliau, setakat ini, polis masih belum dapat mengenal pasti nombor pendaftaraan motokar terbabit.

“Walau bagaimanapun, siasatan awal mendapati terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran yang merakam kejadian terbabit.

“Kebakaran berlaku apabila pemandu kereta hilang kawalan lalu melanggar kon penghadang dan pembahagi jalan.

“Pihak bomba mengesahkan tiada kemalangan jiwa dan pemandu juga tidak berada di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd. Nasir Abu Mansor di talian 017-5607032,” katanya. – UTUSAN

 





Source link

Leave a Reply