KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bersetuju untuk memberi pampasan lumayan kepada Semantan Estate (1952) Sdn. Bhd. berhubung kemelut isu 106.542 hektar tanah di Jalan Duta yang dikenali sebagai Duta Enclave.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penawaran jumlah pampasan oleh kerajaan terdahulu dalam menyelesaikan isu Duta Enclave adalah tidak munasabah, keterlaluan dan terlalu tinggi.

Menurut  beliau, pemberian pampasan lumayan itu secara tidak langsung akan menetapkan precedent kepada kes-kes lain.

“Banyak tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang diambil, walaupun teknikalnya dari segi legal itu berbeza tetapi diambil dan kemudian dipindah menjadi komersial. Apakah keadaan mereka? Jadi kita jangan ada dwi standard.

“Dalam hal ini, kita bagi satu pampasan yang sangat lumayan. Padahal ratusan ribu hektar tanah (yang sedang diteliti). Macam di Pulau Pinang, banyak kalangan yang sedang meneliti apa kita lakukan.

“(Ini) kerana banyak tanah-tanah sawah dahulu diambil dengan harga RM2,000 seekar, kemudian dua minggu seterusnya Exco buat keputusan (untuk) tukar (dari) industri ke komersial dengan harga yang meningkat,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan  Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang memintanya untuk menyatakan apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan isu Duta Enclave.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu memberitahu Dewan Rakyat  bahawa kerajaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menawarkan sejumlah pampasan kepada syarikat hartanah berkaitan.

“Kerajaan pada masa itu sudah meluluskan RM5 bilion kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada masa itu berunding dan menyelesaikan perkara ini. Daripada RM1.4 juta pergi kepada RM5 bilion tetapi proses perundingan itu  belum berjaya.

“(Ini) menunjukkan tuan tanah meminta lebih daripada itu satu penilaian dibuat, nilainya lebih RM3.1 bilion tetapi tidak diterima syarikat ini, kita tawar RM5 bilion pun tidak boleh,” beritahunya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pimpinan negara atau jemaah menteri perlu waras dalam hal ini bagi mencari penyelesaian.

“Kita kena konsisten, jangan fikir satu kes ini terasing daripada kepentingan negara keseluruhannya. Apa yang kita lakukan dalam rundingan ini ialah munasabah,” katanya.

Beliau berkata, rundingan bersama syarikat hartanah tersebut sudah diteruskan dengan diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“(Ini) untuk memberi laluan, mungkin tanah yang belum dibangunkan, diserahkan (kepada mereka) dengan syarat (perlu melakukan) kerjasama dengan mana-mana syarikat kerajaan dan keuntungan itu akan besar,” jelasnya.

Tambahnya, keputusan untuk mengalas dalam isu Duta Enclave dengan mudah akan memberi makna bahawa kerajaan membuka ruang hak kepada pihak lain.

“Jika kita serah (dengan) mudah seperti mana yang pernah diputuskan oleh jemaah menteri yang lalu. Saya tidak fikir ia akan menyelesaikan masalah, kita harus tegas prinsipnya kalau diambil untuk tujuan awam.

“Sekarang ini, sehingga hari ini, satu inci pun tidak diambil, dibangunkan untuk bangunan swasta atau komersial. Semuanya bangunan kerajaan,” jelasnya. – UTUSAN





Source link

-10%
ZBH. Melayu Mahawangsa: Tanah Air, Sejarah, Kerajaan dan Peradabannya. Ed. Md. Salleh Yaapar, Nasha Rodziadi Khaw
Shopee.com.my
5.0
RM31.50 RM35.00
ZBH. Melayu Mahawangsa: Tanah Air, Sejarah, Kerajaan dan Peradabannya. Ed. Md. Salleh Yaapar, Nasha Rodziadi Khaw
-15%
Buku Sejarah Umat Islam Hamka Tamadun Kerajaan dan Perkembangan Islam Meliputi Seluruh Dunia (Hard Cover)
Shopee.com.my
4.8
RM50.15 RM59.00
Buku Sejarah Umat Islam Hamka Tamadun Kerajaan dan Perkembangan Islam Meliputi Seluruh Dunia (Hard Cover)
-10%
Melayu Mahawangsa: Tanah Air, Sejarah,Kerajaan dan Peradabannya (USM PRESS)
Shopee.com.my
4.9
RM31.50 RM35.00
Melayu Mahawangsa: Tanah Air, Sejarah,Kerajaan dan Peradabannya (USM PRESS)

Leave a Reply