JERANTUT: Kerajaan Pahang belum memutuskan sama ada mahu melantik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi kawasan Felda di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara tersebut sedang dalam peringkat kajian bagi mencari penyelesaian terbaik berkaitan hal berkenaan.

“Sekarang ia masih dalam perbincangan, belum muktamad dan belum dibawa kepada exco bagi mendapat keputusan terbaik demi kemakmuran di rancangan Felda.

“Kita mahukan pengurusan di rancangan Felda dapat dilaksanakan dengan baik dan kalau ada dua kepala sudah tentu payah untuk mengurus,” katanya kepada pemberita selepas majlis Majlis Penyampaian Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu Felda dan Suratan Hak Milik Felda Jengka 24 Serta Felcra Bukit Nikmat di pekarangan Masjid Jengka 24 di sini hari ini.

Seramai 1,888 penerima STR di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, 292 peneroka Felda Jengka 24 dan 159 peserta Felcra Bukit Nikmat 1 dan Nikmat 2.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan pentadbiran di Felda di Pahang lancar tanpa berlaku perselisihan yang merugikan kepentingan Masyarakat.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga kini, seramai 40,861 daripada 43,126 peneroka Felda di negeri ini sudah menerima Suratan Hak Milik masing-masing.

“Semua nikmat diterima oleh peneroka Felda bukan datang bergolek tetapi hasil perancangan kepimpinan kerajaan negeri yang menunai janji tanpa retorik,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat meliputi pelbagai bentuk pembangunan, inisiatif dan bantuan.

“Bagaimanapun, ada pihak dalam kalangan rakyat yang terpengaruh dengan persepsi, fitnah dan tohmahan yang sengaja direka oleh sesetengah pihak untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan negeri,” katanya. – UTUSAN





Source link

-11%
Name Tag MAGNET, NameTag PIN Untuk Tag Nama Sekolah Cikgu, Murid dan Pekerja Pejabat, Kerajaan Biasa dan Epoxy-justserif
Shopee.com.my
5.0
RM2.00 RM2.25
Name Tag MAGNET, NameTag PIN Untuk Tag Nama Sekolah Cikgu, Murid dan Pekerja Pejabat, Kerajaan Biasa dan Epoxy-justserif
-70%
MYTV Remote Control SMALL untuk guna Dekoder Digital Government Decoder receiver tunner kerajaan Holder 电视遥控器
Shopee.com.my
4.8
RM2.64 RM9.10
MYTV Remote Control SMALL untuk guna Dekoder Digital Government Decoder receiver tunner kerajaan Holder 电视遥控器
-7%
Name Tag Nama Sekolah Tag Nama Guru Tag Nama Kakitangan Kerajaan Tag Penjawat Awam
Shopee.com.my
5.0
RM2.00 RM2.17
Name Tag Nama Sekolah Tag Nama Guru Tag Nama Kakitangan Kerajaan Tag Penjawat Awam
Name Tag PIN Name Tag MAGNET Untuk Tag Nama Sekolah Cikgu, Nama Tag Kakitangan Kerajaan dan Penjawat Awam
Shopee.com.my
4.9
RM1.90
Name Tag PIN Name Tag MAGNET Untuk Tag Nama Sekolah Cikgu, Nama Tag Kakitangan Kerajaan dan Penjawat Awam

Leave a Reply