KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil masa dua tahun untuk mengkaji dan membuat keputusan mengenai penyasaran subsidi petrol RON95.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dakwaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan bahawa kerajaan ‘umum dahulu, fikir kemudian’ adalah tidak benar.

Kata beliau, kajian menenai penyasaran subsidi itu sudah banyak kali dibentang dan dibincangkan di peringkat Kabinet serta Jemaah Menteri.

“Perbincangan itu mengambil kira perancangan kerajaan seperti yang disebutkan oleh Datuk Awang Hashim (PN-Pendang), iaitu apa sahaja perkara yang diambil keputusan oleh kerajaan mesti melindungi seberapa banyak rakyat daripada terkesan dari sebarang kenaikan kos, baik secara langsung atau tidak langsung.

“Pandangan mengenai penyasaran subsidi ini banyak. (Terdapat) pandangan mengenai kedudukan fiskal negara yang perlu diperkukuh juga sedia diketahui semua orang termasuk ahli-ahli Dewan. Setakat ini saya tengok, tidak ada mana-mana ahli Dewan yang mempersoal beberapa perkara pokok mengenai kedudukan fiskal negara.

“Pertama, kita perlu mengurangkan defisit. Kedua, kita perlu mengurangkan hutang negara dan ketiga kita perlu menguatkan kedudukan fiskal negara kerana semua yang dirancang dan dilaksanakan ini, baik permintaan daripada semua wakil rakyat tidak dapat direalisasikan sekiranya tiga perkara pokok ini tidak dibuat,” katanya pada sesi Penggulungan Kementerian Ekonomi Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2025, di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai daripada penyasaran subsidi bahan api itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Mengulas lanjut Rafizi berkata, beliau turut mempersoal cadangan alternatif daripada pembangkang sekiranya kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi RON95.

“Tidak ada sebarang perbezaan pendapat mengenai perkara ini. Cuma apa yang saya lihat dalam kerisauan sekiranya kerajaan melaksanakan subsidi ini tidak mengukuhkan fiskal negara.

“Sebenarnya, saya masih menunggu apa penyelesaian alternatif daripada pembangkang? Kerana kita semua faham tiga faktor itu tetapi apa cadangan yang dikemukan pembangkang?” soalnya. – UTUSAN





Source link

-15%
Buku Sejarah Umat Islam Hamka Tamadun Kerajaan dan Perkembangan Islam Meliputi Seluruh Dunia (Hard Cover)
Shopee.com.my
4.8
RM50.15 RM59.00
Buku Sejarah Umat Islam Hamka Tamadun Kerajaan dan Perkembangan Islam Meliputi Seluruh Dunia (Hard Cover)
-10%
ZBH. Kedinamikan Dasar Luar Kerajaan Turki di Timur Laut Afrika. Muhammad Fauzan Rosli, Ermy Azziaty Rozali
Shopee.com.my
5.0
RM27.00 RM30.00
ZBH. Kedinamikan Dasar Luar Kerajaan Turki di Timur Laut Afrika. Muhammad Fauzan Rosli, Ermy Azziaty Rozali
-10%
ZBH. Ancaman keselamatan di Sarawak 1920-1990: Komunis, masyarakat dan kerajaan. Ho Hui Ling
Shopee.com.my
5.0
RM64.80 RM72.00
ZBH. Ancaman keselamatan di Sarawak 1920-1990: Komunis, masyarakat dan kerajaan. Ho Hui Ling

Leave a Reply