PETALING JAYA – Kerajaan memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 berjaya membuahkan hasil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari MH370, tetapi pada masa sama memastikan nilai terbaik dalam membelanjakan wang rakyat.

“Selepas lebih sedekad pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar, masih banyak persoalan dan misteri belum lagi terungkai.

“Bukan sahaja keluarga dan waris, malah rakyat juga berhak untuk mendapatkan jawapan akan segala persoalan,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity yang berpangkalan di United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, keputusan tersebut dipersetujui menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu.

Beliau dipetik berkata, pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat itu melibatkan satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’. – KOSMO! ONLINE

Source link

-7%
Akta Kontrak 1950 (Akta 136) & Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120) (Hingga 5hb Mac 2023)
Shopee.com.my
5.0
RM11.63 RM12.51
Akta Kontrak 1950 (Akta 136) & Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120) (Hingga 5hb Mac 2023)
-8%
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) & Perundangan Subsidiari Terpilih (Hingga 15hb April 2022)
Shopee.com.my
5.0
RM31.85 RM35.00
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) & Perundangan Subsidiari Terpilih (Hingga 15hb April 2022)
Akta Kontrak 1950 ( Akta 136 ) & Akta Kontrak Kerajaan 1949 . Buku Akta . Law Book . ILBS . { READY STOCK } A 22
Shopee.com.my
5.0
RM12.50

Leave a Reply