Kepalanya dipukul dgn monitor komputer oleh ibunya sendiri, sehingga pecah tengkorak kepalanya. Tetapi, dia tidak mati, malahan berada dalam keadaan koma selama berpuluh tahun, kesan dari head trauma itu.
Dear David (2023)
Adam Ellis, seorang pelukis komik digital di BuzzFeed seringkali dijadikan bahan kutukan dan “troll” oleh “keyboard warrior” di laman media sosialnya, dan dalam masa yang sama, Ellis gemar untuk membalas kutukan yang dilemparkan kepadanya. Sepatutnya dia ambil tindakan tidak ambil tahu, tetapi lain pula jadinya.
Satu hari, dia diikuti oleh seseorang yang yang menggunakan nama “Dear David” di salah satu akaun media sosialnya. Bermula dari hari itu, Ellis mula dihantui oleh satu entiti kanak2 dan kerap kali diganggu terutama di waktu tengah malam. Walaupun berpindah rumah, nampaknya entiti itu tetap mengganggunya.
Tiada sesiapa percaya apa yang berlaku padanya, termasuklah kawan baiknya sendiri, Evelyn dan teman lelakinya, Kyle. Semuanya menganggap yang Ellis berhalusinasi dan tertekan kerana tuntutan kerja.
Sehinggalah satu hari, Ellis mengetahui tentang satu kebenaran yang amat mengejutkan mengenai seorang lelaki yang bernama David Johnson, yang bangun dari koma selama 21 tahun setelah mengalami kecederaan parah di kepala.
Ellis mula menyiasat mengenainya dan membawanya kepada Doctor yang merawat David Johnson. Sangat mengejutkan!
Apakah sebenarnya yang menghantui Ellis.
Dear David boleh ditonton di AstroGo.
#AstroGo
#StreamOnAstro