Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian cabaran yang dihadapi bagi memastikan sektor pendidikan negara terus relevan pada masa kini dan akan datang.
Ini dibuktikan menerusi pelaksanaan 7 Teras Nadi Keunggulan KPM pada Disember 2022. Tumpuan utama diberi kepada usaha untuk menambah baik komunikasi dengan semua pemegang taruh, penekanan kepada aspek karamah insaniah, kemiskinan berbilang dimensi, keciciran murid dan masalah literasi, kesejahteraan guru, tambah baik infrastruktur institusi pendidikan serta pemerkasaan keupayaan digital.
Usaha untuk menangani isu keciciran murid dilaksanakan dari peringkat awal menerusi penyelarasan sistem prasekolah dan peluasan prasekolah KPM.
Bagi mengatasi masalah kemahiran literasi dan numerasi, KPM melaksanakan program intervensi khusus untuk murid di Tahun 1.
Cakna dengan keperluan pendidikan yang kalis masa hadapan, Kurikulum Persekolahan 2027 sedang dirangka dengan mengambilkira pandangan semua pemegang taruh.
Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) pula adalah antara usaha yang dilaksanakan KPM untuk memastikan golongan pendidik dapat terus meningkatkan kompetensi dan profesionalisme keguruan.
Inisiatif pembangunan semula bangunan sekolah daif, penyelenggaraan infrastruktur institusi pendidikan dan pemerkasaan sekolah-sekolah model khas seperti Sekolah Komprehensif 9 (K9), Sekolah Komprehensif 11 (K11), Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Sekolah Dalam Hospital dan Sekolah Integriti pula adalah merupakan usaha berterusan KPM untuk meningkatkan akses pendidikan. Ia adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi yang memastikan tiada murid yang tercicir.
Reformasi pendidikan yang sedang giat berjalan adalah suatu proses yang berterusan. Justeru, KPM menyeru semua pihak untuk memberi kepercayaan, kerjasama dan sokongan bagi melonjakkan pendidikan negara ke tahap yang lebih baik.
Kecemerlangan sektor pendidikan negara adalah matlamat kita bersama.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
Boleh ke KPM bekalkan Android tv/ google tv utk setiap kelas.