Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) baru je umumkan pelaksanaan Dasar Praktikal 1:3 dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Dasar ni meminta semua syarikat di Malaysia untuk ambil lah up to 3 pelajar tempatan untuk setiap pekerja ekspatriat yang mereka ambil.

Wajib sediakan 3 tempat praktikal untuk pelajar tempatan bagi setiap ekspatriat yang diambil.

202727933 l normal none

Contoh gambar

Dalam siaran akhbar, KESUMA menyatakan bahawa dasar ini bakal memberi manfaat kepada 100,000 pelajar tempatan dan pelaksanaannya akan dijalankan secara berperingkat, manakala pelaksanaan penuh dijadualkan bermula 1 Januari 2026.

KESUMA juga menekankan yang dasar baru ni bertujuan untuk menggalakkan sumbangan ekspatriat dalam pembangunan negara kita, sambil memberi peluang kepada bakat tempatan untuk melalui latihan praktikal terstruktur dan bersedia menghadapi keperluan industri masa depan.

Dengan inisiatif ni, syarikat-syarikat yang terlibat akan mendapat insentif pengecualian cukai melalui Program Praktikal Berstruktur Nasional (MySIP), sambil membantu dan melatih bakat tempatan untuk bersaing dalam pasaran kerja yang kompetitif.

job hop 2

Contoh gambar

Perintis dasar 1:3 akan dilaksanakan dari 15 Februari hingga 31 Disember 2025.

Dasar baru ini tidak akan menjejaskan proses kelulusan pengambilan ekspatriat yang sedang berjalan.

KESUMA menambah, untuk pastikan pelaksanaan dasar ini berjaya, setiap syarikat yang memohon pas pekerjaan ekspatriat (EP) melalui Malaysia Expatriate Services Centre (MYXpats) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) perlu sediakan hingga 3 tempat latihan industri berbayar dan terstruktur untuk pelajar tempatan, dengan nisbah 1 (Ekspatriat): 3 (Intern).

Walaupun begitu, nisbah ini akan disesuaikan mengikut saiz organisasi dan jumlah pekerja dalam syarikat yang terlibat.

diverse business people

Contoh gambar

Selain itu, dasar ini hanya boleh dilaksanakan selepas ekspatriat tersebut mendapat kelulusan EP dan tidak akan menjejaskan kelulusan pengambilan ekspatriat yang sudah berjalan. Syarikat yang memenuhi syarat ni akan diberi keutamaan kelulusan pada masa depan.

Untuk info lebih lanjut tentang dasar 1:3 ini, boleh layari laman web rasmi TalentCorp di sini.

Apa pendapat korang tentang dasar baru ni? Kongsikan pendapat di komen!

Baca juga: Netizen Indonesia Kongsi Kenapa Mereka Lebih Rela Pindah ke Malaysia Daripada Kekal di Indonesia

My Post 3 5

Source link

-14%
[MH] YAKIN - Edisi 2024 (Ready Stock) Past Year SPM 2021-2023 Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar SPM
Shopee.com.my
5.0
RM8.96 RM10.54
[MH] YAKIN - Edisi 2024 (Ready Stock) Past Year SPM 2021-2023 Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar SPM
[CITYLIGHT] Textbook: Buku Teks Tingkatan 4 KSSM
Shopee.com.my
4.9
RM8.90
[CITYLIGHT] Textbook: Buku Teks Tingkatan 4 KSSM
[ADM] BUKU TEKS TINGKATAN 4 ELEKTIF SAINS TULEN 2020
Shopee.com.my
4.9
RM9.90

Leave a Reply