Keluarga berang terima kiriman jenazah individu lain


OTTAWA: Sebuah keluarga di Quebec tertanya-tanya mengenai jenazah seorang bapa yang belum tiba di Kanada selepas lelaki itu meninggal dunia di Cuba semasa bercuti, bulan lalu.  

Ahli keluarga malah berasa hairan kerana mereka menerima bungkusan mayat lelaki lain dari negara tersebut.  

Jenazah Faraj Allah Jarjour dijadualkan dikebumikan pada Ahad lalu, namun, urusan itu tergendala akibat kesilapan berkenaan. 

Pada 22 Mac lalu, anak perempuannya, Miriam Jarjour berenang bersama bapanya di kawasan pantai di Varadero, Cuba, sebelum mangsa diserang penyakit jantung dan meninggal dunia.  

Disebabkan tiada kemudahan perubatan ketika itu, mayatnya hanya ditutup dan ditinggalkan di atas kerusi pantai di bawah sinaran terik matahari selama lebih lapan jam sehingga sebuah kereta tiba untuk membawanya ke Havana. 

Jarjour perlu membayar sebanyak 10,000 dolar Kanada (RM34,900) kepada Konsulat Kanada bagi urusan membawa pulang mayat bapanya ke rumah. 

Bagaimanapun, keranda yang tiba minggu lalu hanya mengandungi mayat seorang lelaki Russia yang berumur 20 tahun lebih muda daripada bapanya serta bertatu. 

 Wanita itu berusaha menghubungi dan menghantar emel kepada beberapa pegawai bagi mengetahui status mayat bapanya. 

Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa Kanada menerusi emel memaklumkan pegawai konsulat berkejasama dengan pihak berkuasa Cuba dan ahli keluarga mangsa untuk menyelesaikan masalah itu. -AP 





Source link

Leave a Reply