Aksi Kelayakan Piala Asia B-17 menyaksikan Emeriah Arab Bersatu (UAE) menundukkan Malaysia pada aksi pembukaan.
Skuad kendalian Javier Ribera turun dengan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Naqqiuddin, Awal Wafiy, Tengku Hasyri dan juga Arayyan Hakeem membarisi kesebelasan utama.
Usaha mencari jaringan terhalang buat skuad muda negara dengan pasukan lawan membuka tirai jaringan menerusi pemain muda sensasi, Adel Khamis seawal minit ke-9.
UAE menambah satu lagi jaringan pada penghujung babak pertama oleh Buti Almarar yang tenang menewaskan penjaga gol Malaysia B-16, Naqqiuddin pada minit ke-45.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0 memihak UAE.
Bersambung babak kedua, Malaysia B-16 bermula dengan pantas menerusi hantaran-hantaran pendek untuk memecahkan blok pertahanan lawan.
Javier Ribera melakukan beberapa pertukaran penting namun tidak berupaya memberikan saingan terbaik kepada pasukan muda UAE.
Tambahan masa 5 minit tidak dapat mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Malaysia B-16 kini masih tidak mengumpul sebarang mata dan bakal menentang Laos bagi aksi kedua kumpulan pada 27 Oktober ini.