KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menjadikan Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah 2024 (KONSIS 2024) Selasa ini sebagai titik tolak untuk memperkasakan semula 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Fadzli Hassan berkata, segala hasil perbincangan dan pandangan yang dilontarkan oleh pakar perundangan akan digunakan untuk membuat penambahbaikan keatas enakmen tersebut supaya tidak bercanggah dengan keputusan dibuat oleh Mahkamah serta Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, hasil resolusi KONSIS 2024 itu kemudian akan perkemaskan lagi sebelum dibentangkan semula di Dewan Udangan Negeri (DUN) selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Kita akan jemput semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang untuk hadir program tersebut. Konvensyen ini penting untuk dilaksanakan bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada semua pimpinan dan pegawai kerajaan terhadap usaha yang sedang dijalankan dalam memantapkan perundangan Syariah di Kelantan.

“Besar harapan kita agar usaha ini menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain yang juga terdedah kepada cabaran di masa akan datang. Kesan ini bukan kepada Kelantan sahaja, malah kepada seluruh Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamad Fadzli memberitahu, KONSIS 2024 yang berlangsung pada Selasa ini di Dewan Besar Sultan Ismail Petra, Balai Islam Lundang itu melibatkan tiga perkara iaitu Kompetensi DUN Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, Roh Penggubalan 16 Seksyen Yang Dibatalkan, Langkah Pemantapan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 dan Institusi Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah.

Katanya, KONSISI 2024 itu melibatkan tokoh-tokoh penting pengamal undang-undang sivil dan syariah serta tenaga akademik dalam bidang perundangan di universiti.

“Golongan profesional bidang perundangan in akan membentangkan kerangka kajian masing-masing terhadap kuasa negeri berdasarkan undang-undang tubuh. Sebagai solidariti kesatuan umat Islam atas perkara melibatkan perundangan Syariah, Kerajaan Kelantan turut menjemput Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi memberikan amanat khas kepada peserta konvensen,” ujarnya.-UTUSAN

Source link

ZBH. Ikhtisar sejarah Kelantan. Abdul Razak Mahmud.
Shopee.com.my
5.0
RM45.00
ZBH. Ikhtisar sejarah Kelantan. Abdul Razak Mahmud.
CELIK WANG Pengurusan Wang Secara Bijak Patuh Syariah (MAIK)
Shopee.com.my
5.0
RM10.00
CELIK WANG Pengurusan Wang Secara Bijak Patuh Syariah (MAIK)
-10%
ZBH. Naskhah Sejarah Kelantan: Transliterasi dan Anotasi. Editor, A. Aziz Deraman, Baharin Ilias, Muhamad Ikhram Fadhly
Shopee.com.my
5.0
RM45.00 RM50.00
ZBH. Naskhah Sejarah Kelantan: Transliterasi dan Anotasi. Editor, A. Aziz Deraman, Baharin Ilias, Muhamad Ikhram Fadhly
FURU' AL-MASA'IL WA USUL AL- WASA'IL, Masalah-Masalah Fiqh Terpilih Daripada Bab Al-Talaq (MAIK)
Shopee.com.my
5.0
RM30.00

Leave a Reply