KUCHING, 29 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Sarawak yang berjaya menjuarai Para SUKMA XXI yang melabuhkan tirainya semalam.

Walaupun kurang satu pingat emas untuk mencapai sasaran namun Tun Wan Junaidi tetap berbangga dengan pencapaian atlet Sarawak yang meraih pingat bagi melakar sejarah baharu selepas bergelar juara keseluruhan sebanyak 14 kali bagi temasya dwitahunan itu.

“Kami merasa bangga melihat kontinjen Sarawak dapat meraih 82 emas dalam kejohanan kali ini, walaupun hanya kurang satu pingat emas dari sasaran awal yang diletakkan iaitu 83 emas.

“Syabas kepada Kontinjen Sarawak kerana berjaya menjadi juara keseluruhan Para Sukma ke-21 tahun 2024 kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyifatkan penganjuran Sukan Para SUKMA di Sarawak sebagai terbaik, Tun Wan Junaidi turut merakamkan rasa sukacita dan tahniah kepada Kerajaan Sarawak khususnya Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas dedikasi dan komitmen tinggi untuk menjadikan Sarawak sebagai penganjur Para SUKMA yang terbaik.

Tambahnya, penganjuran temasya kali ini merupakan inisiatif kerajaan dalam mempertingkatkan usaha untuk memperkasa dan memberi peluang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) menyerlahkan potensi diri dengan adanya sokongan dan bantuan bersepadu serta menyeluruh dari pelbagai pihak.

Menurutnya, semangat dan iltizam yang ditunjukkan atlet membuktikan kekurangan fizikal bukan pengukur untuk meraih kejayaan sekali gus berupaya memberi sumbangan besar kepada negara.

“Anda semua adalah yang terbaik kerana anda sudah membuktikan kemampuan dalam acara sukan yang anda sertai.

“ Sekali lagi, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan atas pencapaian anda semua yang membanggakan dalam temasya Sukan Para Sukma kali ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak di bawah pimpinan Dato Sri Fatimah Abdullah serta Menteri Belia dan Sukan Malaysia Hannah Yeoh yang sentiasa memastikan urusan penganjuran temasya Para SUKMA berjalan dengan lancar.

Sehubungan itu, beliau bangga dengan usaha yang ditunjukkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee yang juga CEO SUKMA Sarawak 2024 dalam mengetuai kontinjen Para SUKMA Sarawak untuk edisi kali ini.

Turut diberi penghargaan, agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta, badan korporat serta sukarelawan yang sentiasa bertungkus-lumus dan mengerah tenaga dalam memastikan segala persiapan, kemudahan, kebajikan dan keselamatan atlet terjamin. – TVS





Source link

-19%
100% optometri optik Ophthalmic baru Ishihara buku 38 plat warna buta warna kekurangan ujian buku Ishi-38-2
Shopee.com.my
5.0
RM129.36 RM161.70
100% optometri optik Ophthalmic baru Ishihara buku 38 plat warna buta warna kekurangan ujian buku Ishi-38-2
Dyna Ferrous Fumarate 200mg Iron Tablets 10 Tablets | meningkatkan sel darah merah dan kekurangan zat besi.
Shopee.com.my
5.0
RM1.19
Dyna Ferrous Fumarate 200mg Iron Tablets 10 Tablets | meningkatkan sel darah merah dan kekurangan zat besi.
Bajet Wang - 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang
Shopee.com.my
5.0
RM39.90
Bajet Wang - 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang
(+-1.6KG/1L) Baja air Calcium Wuxal Kalsium Kekurangan
Shopee.com.my
5.0
RM72.00
(+-1.6KG/1L) Baja air Calcium Wuxal Kalsium Kekurangan

Leave a Reply